Monday, December 12, 2011

mulut vs telinga...

mulut tempayan boleh ditutup
mulut manusia jahit pun xjadi pape...

telinga....
walaupu xleyh tutup
tapi pekakkan je r....

mendengar dan redha...
mulut vs telinga...

pilihlah TELINGA

Wednesday, December 7, 2011

CEMBURU?????

C
E
M
B
U
R
U
hanya itulah ungkapan yang sesuai..
untuk aku ungkapkan ...
perasaan aku malam ini........


zzzzzzzzzzzzzzz
lupekan smbung study agi bagus...

:)

Sunday, December 4, 2011

hati..kasihan atau pentingkan diri????

saban hari hati kian merintih
luaran aku mampu tersenyum namun dalam hati menangis.
itula yang aku rasakan kini...
dia...
sebaris nama yang dulu membuat aku tersenyum keriangan..
namun pernah suatu ketika engkau membiarkan
hujan menitis membasahi pipiku...
tidakkah kau terlalu kejam padaku???
sekarang perasaan aku berbelah bahagi...
ingin meneruskan keceriaan itu???
aku sudah tidak mampu...
melihat wajahmu jua aku sudah tidak boleh tersenyum
kebahagiaan yang kau curahkan pada aku sudah sirna...
='(
maafkan diriku ini...
aku sudah tidak mampu menahan rasa di hati ini..
aku luncurkan laju bersama air mataku..
namun sisa2 kepedihan masih melekat di pundak hati...
pernah ku berimu sedikit harapan...
dan aku juga mengharapkan ia terlaksana..
itu semua dulu.............
kini aku mahu bebas melangkah..
tanpa ada sebarang ikatan yang membelenggu hatiku...
benar SAYANG pernah bersarang dihatiku padamu...
namun kau terlalu cepat melatah...
kau tidak sabar menunggu masa dan saat yang telah kita tekad bersama...
gundah tetap melanda hatiku..
kau pernah ku sandarkan perasaan kasih...
tiada tandingan kasih ku hulurkan...
namu syaitan telah memusnahkannya...
hanya sedikit masa sahaja lagi....

='(

hatiku merintih lagi...
saat kenangan bersamamu datang menjelma..
ku seka air mata dipipi...
sampai ketika aku sudah tidak berdaya lagi..
hanya mampu berdoa kebahagiaan milikmu..
insyALLAH jua milikku...
mungkin tidak tercatat di lihmahfuz namamu bergandingan denganku..
aku redha dengan kehendak ilahi..
tiada yang bisa melawan takdir...
bawalah hatimu jauh dari sisiku..
aku mohon padamu...
hentikanlah semua yang membuatkan aku sedih..
ku tahu dirimu sama...

dirimu....
aku pernah merasakan apa erti cinta denganmu..
apa erti gembira bersamamu..
apa erti sedih jua...
juga erti ketabahan..
kau curahkan sepenuh keikhlasan..
tidak ku sangkal keikhlasanmu itu...
pernah suatu ketika aku melihat perubahan di wajahmu..
ada baur cemburu....
saat melihat aku mengatur bicara bersama yang lain...
ketahuilah juga aku pernah merasai apa yang kau rasakan..
pedih menahan api cemburu...
itu semua ku simpan dalam hati..
jauh disudut hati...
tidak ku tunjukkan....
malah tidak akanku kabarkan sama sekali..
hanya di sini aku mampu menarikan kata-kata..
tidak dialam realiti...

ketahuilah....
saat ini aku hanya inginkan engkau pergi dari hidupku..
aku serik mahu menangis lagi...
ku doakan bahagia sentiasa mengiringimu...
janganlah engkau bersedih dengan keputusanku...
pernah kau titipkan hanya akula yang sudi denganmu.
sekarang bukan ku tak sudi..
tetapi aku PASTI ada yang lagi sudi...
bersama denganku hanya membuatkan kau merana...
tinggalkan aku....

selamat tinggal..
sematkan kenangan dahulu dalam memori...
lupakan aku...
jangan menangis dengan perpisahan ini....




merintih hati ini mengenangkan gundah dan cubaan dihati.
ya ALLAH ku mohon padamu....
berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hidup ini..

Thursday, June 16, 2011

menangis....

dia buat sy menangis lagi...hati sy mmg menangis saat ini....ok sy menangis lagi kerana dia....

Tuesday, May 24, 2011

dulu dan kini......

Dulu kau baru ku kenali. Memang amat menjengkelkan. Segala percakapan dan tindak tandukmu membuatku merasa cukup rimas. Namun demi kerja dan aturan yang telah ditetapkan aku bersabar. Semua omelan dan teguran ku telan. Ada sampai satu ketika aku teramat meluat tetapi masih lagi bertahan. Padaku tidak akan sesekali aku mengalah itu hanya ujian yang sedikit. Masih banyak lagi cubaan dan dugaan yang berat-berat dan menduga pernah ku alami. Aku memang terpaksa bersabar dalam berurusan dengan dia . Memang dugaan lain pernah ku hadapi lagi berat namun kali ini memang terasa amat mencabar dan sedikit sebanyak menggoyahkan iman mudaku ini.

Pernah sekali aku menitiskan air mata selama dua hari. Aku dipermalukan dikhalayak ramai. Aku menahan sebak membuat muka selamba selama berhadapan dengan dia. Air mataku akhirnya tumpas juga saat ku kenang saat aku dimalukan. Terasa amat terhina apabila maruah aku dinjak-injak seperti kain buruk yang tiada nilai tara. Dua hari air mataku kering dek kerana dirinya seorang yang kukira waktu itu tidak layak dipanggil sahabat. Seorang sahabat akan melindungi dan menyayangi sahabatnya bukan melenyek maruah seorang sahabatnya dengan sewenang-wenangnya. Aku serik dengan dia. Aku melarikan diri seketika untuk menenangkan diri. Ramai yang menjadi mangsa aku melampiaskan rasa yang terbuku dihati. Aku merintih sendirian di dalam kamar meratapi nasib kenapa aku harus bertemu dengan dia. Puas aku meneliti dan mencari punca apa silap yang ku lakukan sehingga dia sanggup membuat aku sebegitu rupa.

Aku menjadi sangat pendiam dalam minggu tersebut. Aku yang sebelum ini seorang yang riuh rendah berubah menjadi seorang yang susah untuk tersenyum,bercakap mahupun bergurau senda. Kejadian yang menimpa aku saat itu benar-benar membuat aku kecewa dan menjadi stress. Aku merasa seperti orang yang tidak bermaruah. Aku gagal bangkit semula. Aku gagal menjadi orang yang tabah. Seringkali mengenangkan saat dipermalukan dikhalayak ramai laju air mata ini menuruni pipi. Aku tidak sekuat dulu. Aku gerun berhadapan dengan orang ramai lagi. Aku tidak mahu ketemu dia. Benar manusia melakukan kesilapan. Namun bagi aku itu teramat melampau aku memang tidak dapat menerimanya. Tidak mampu untuk memaafkannya. Hati ini cukup pilu.

Seorang temanku yang lain tidak putus-putus member kata-kata semangat kepadaku. Katanya hidup ini umpama sebuah perjalanan menuju destinasi. Dalam perjalanan kita telah terjumpa dengan kemalangan. Kita merasa sangat sedih dan ingin membantu sahabat yang kecelakaan. Namun kita harus meneruskan perjalanan kita kerana ia belum sampai. Kita meneruskan perjalanan lagi,dan telah terjumpa dengan sebuah taman bunga yang tersangat indah lalu kita singgah untuk menikmati suasana taman itu sebentar. Namun kita tidak boleh selama-lamanya berhenti disitu kerana perjalanan kita masih jauh dihadapan. Begitulah perumpamaan yang menarik yang diberikan oleh sahabat karibku. Dalam hidup ada turun naiknya. Sekali duka menjengah dan jangan bimbang kerana dalam kedukaan pasti akan diselangi dengan kegembiraan. Begitulah asam garam kehidupan. Mendengar kata nasihat daripada sahabat itu aku bangkit sedikit. Namun saki hati susah untuk diubati. Memakan masa yang agak lama.

Aku dalam paksa dan rela meneruskan agenda yang telah dirancang. Memang hati sakit setiap kali berhadapan dengan dia. Sangat sakit. Berbekalkan kata-kata semangat yang telah ditebarkan oleh rakan itu kepadaku aku mengendurkan amarahku kepadanya. Pelbagai cara juga yang diambil untuk memenangi kembali hatiku yang telah berdarah. Sekeras-keras kerak nasi kalau direndam air akan lembut juga akhirnya begitula juga dengan hati manusia. Aku berusaha memperbaiki diri walaupun luka itu masih berparut sehingga hari ini.

Aku duduk termenung sendirian dan memikirkan apa yang telah terjadi kepadaku. Banyak yang telah dia lakukan yang memang membuat aku sakit hati. Namun aku bertahan dan bertahan. Aku pendamkan perasaan tidak puas hati didalam sanubari sahaja. Pelahan-pelahan aku mampu mengawal emosi diri dan terus mengenali hati budinya. Kami terus bersahabat baik dan sehingga kini masih baik. Dia akan hadir tatkala aku memerlukan dan aku akan berusaha menenangkan dia apabila dia dirundum duka. Itulah sebenar-benar sahabat yang hadir tika suka dan duka.

Pernah terbaca di dalam sebuah petikan, sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat temannya marah. Hal ini kerana , apabila temannya itu Berjaya mengawal amarahnya maka dia adalah seorang yang bersabar dan sentiasa berjaya mengawal emosi. Dia juga adalah seorang teman yang boleh menerima apa jua keadaan diri kita kerana kita membuat kerenah dan mengakibatkan dia marah semata-mata untuk menguji tahap kesabaran yang ada dalam dirinya. Itulah yang terjadi kepadaku. Dia membuat aku marah demi ingin menguji sejauh mana sifat kesabaranku. Susah pada awalnya untuk aku menerimanya namun aku tidak mampu untuk membalas perbuatannya dengan kelakuan tapi aku hanya bermohon doa kepada Allah. Sesungguhnya pada waktu itu aku memang teramat pilu dan sentiasa berdoa dan berdoa agar aku tabah. Alhamdulillah aku berjaya menangani perasaan benci itu.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mendorong temannya untuk melakukan kebaikan. Terima kasih sahabat kerana telah mengajar aku erti sabar. Walaupun banyak dugaan dan rintangan yang aku hadapi aku bersyukur kini aku lebih kuat dan mampu mengawal perasaan marah.

Terima kasih sahabat,

Syukran ya sadiqi

Kamsahamnida chingu

Dan semua ungkapan lain yang membawa maksud terima kasih sahabat. Inilah tanda penghargaan aku kepadamu sahabat yang berjaya membentuk aku dalam diam menjadi orang yang tabah.

Ukhuwah fillah Abadan abada. Semoga Allah memberkati apa yang jalinan persahabatan kita ini dan semakin akrab…Amin

Sekadar luahan menunjukkan aku teramat bersyukur mempunyai sahabat-sahabat seperti mereka….


Thursday, May 19, 2011

tangisan hati......

saban hari kini hati kecil ini kian merintih dan menangis...
senyuman palsu telah kuhulurkan saat hati menangis...
titisan demi titisan meluncur laju membasahi pipi..
besar ertinya apabila merindui seseorang...
namun ku sedar rindu itu zina apabila merindui seorang lelaki..
namun ia hadir tanpa diduga...
keadaanku amat berbeza sekali...
mungkin inilah kesakitan yang ditanggung pasangan2 bercinta...
namun aku bukan merindui orang yang dicintai..
akan tetapi seorang teman yang sentiasa ada bersama aku kala susah dan senang
aku mencarinya di mana-mana..
tidak ku jumpai dia..
di mana anda...
melihat laman sesawang "facebook" anda membuat aku makin rindu..
adakah anda turut merasakan apa yang aku rasakan??
saat ini ku titipkan doa untuk kesejahteraannya dimana-mana dikau berada..
inilah manusia apabila memerlukan baru mencar..
apabila ada didepan mata xtau menghargai........


teman
aku perlukan mu saat ini..
meminjam bahumu
untuk mengutip semangat itu..
memerlukanmu
untuk mengusap air mataku
ingin memelukmu
untuk meredakan kegundahan hati
ingin disampingmu
agar kaca yang pecah itu
bisa bertukar menjadi semangatku
mendambakan kata-katamu
agar aku bisa bangun kembali
agar aku tabah menghadapi
hari yang mendatang
mengharapkan doamu
untukku tegar menghadapi liku hidup

teman
engkaulah pemberi semangat
membantu kala ku kala kesusahan melanda
menghulurkan tangan saat aku rebah
menjadi pendengar tika aku gundah
engkau pendorong bukan memaksa
tidak lekang dari bibirmu
menuturkan pembakar semangat

teman
tidak pernah kau merungut
kau membantu sepenuh rela
tanpa menghiraukan peluh keringat
gigih memdorong aku
agar aku bisa berdiri sendiri lagi
sehingga aku benar-benar gagah
mengharungi segala yang mendatang

teman
sungguh aku merindukanmu
kaula yang teristimewa
jauh disudut hatiku aku senang bersamamu
aku ingin sentiasa disisimu



dialah yang sentiasa dihati....

Saturday, May 14, 2011

sabar~~~~

S A B A R....satu perkataan lima huruf yang sangat tinggi maknanya...membuatkan manusia kdg2 tidak betah untuk bertahan dengan perkataan ini..namun itulah kunci kejayaan dan kegemilangan sesebuah ummah.. untuk mengecapi syurga Allah perkataan ini juga harus diaplikasikan...

hari ini aku menjadi seorang yang sangat tidak sabar...tersangat tidak sabo...mau je melampiaskan marah kat semua orang...marah n marah je kejenye arini...ntah kenape...adakah kerana penat?? ade sesuatu yang dalam diri aku??? wallahualam...

aku bingung..mengapa mengapa n mengapa...xlarat dah nk tulis... stop here....cos i get my energy back :0

Wednesday, May 11, 2011

muhasabah diri

amat pilu merdengar rintihan seorang sahabat.....lalu mengambil keputusan untuk menulis entry ni...

lelaki diciptakan daripada tanah...tanah itu dimana tmpat manusia membina rumah,bercucuk tanam, menabur bakti dan pelbagai lagi.wanita pula diciptakan dari rusuk lelaki. dekat dihati untuk disayangi dan dikasihi..tidak pula ia diciptakan drpd kepala untuk dijunjung dan bukan jua dari kaki untuk dipijak2 dan dihenyak2....

tulang rusuk itu besifat bengkok..dan ada hikmahnye dimana Allah menciptakan rusuk yang bengkok kerana untuk melindungi hati...itula juga wanita..wanita diciptakan untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan lelaki.namun tidak ku faham sama sekali mengapa wanita begitu mudah dicanang maruahnya dan dinjak2 begitu sahaja..

Sesungguhnya Allah memuliakan manusia..Akal yang dikurniakan adalah untuk berfikir..ayuhlah bersama merenung sejenak apa yang kita lakukan..mewakili seluruh kaum wanita diluar sana, aku merayu kepada lelaki supaya jgan menginjak wanita sesuka hati..jangan memijak2 maruah kami...kami diciptakan sebagai insan yang lemah yang memerlukan perlindungan...Adam bersifat berani dan perkasa..itula hikmah penciptaan lelaki dan wanita dimana saling memerlukan dan wanita tersangat mengharapkan perlindungan dari insan bernama "Suami".

suami adalah tempat untuk bermanja dan mencurahkan segala gundah gulana. andai suami menjdkan isteri sebagai henyakan umpama kain buruk dimana hendak wujudnya kasih sayang dan percintaan yang berkekalan??

kami memerlukan kasih sayang~~~
buat si dia yang bakal menjadi suamiku
ku bermohon pada Allah agar dia bisa menjadi suami yang mampu menjaga dan membimbing aku...
juga boleh menyayangi aku dan kasih akan anak2ku nanti~~~
jauhkanlah aku drpd ape yang tidak diingini YA ALLAH....
bakal suamiku nanti...
ku berharap dirimu boleh menerima diriku ini apa adanya
dan sentiasa menyayangi diriku seperti kasihnya aku kepadamu...
AMIN~~~~


Tuesday, May 10, 2011

HANAN~~~~(kerinduan)

mengapa hati terlalu mengingati dia??? mengapa??? padahal perkara itu sudah lama berlalu...
Ya Allah janganlah lalaikan diri hambaMU yang kerdil ini..benar tak dapat menipu diri sendiri lagi aku sentiasa mengingati dia....

walaupun pernah berduka yang teramat luka belum pernah yang lain membuat aku sebegitu,namun kau berjaya mengubati luka itu...kau berikan segala ape yang belum pernah org lain berikan kepadaku..walaupun hanye teman tp aku sangat senang denganmu....disaat kesusahan kau sentiasa disisi...menghiburkan aku,menemani duka air mataku, memujuk dan mengusap tangisku.....

sangatlah bahagia apabila mempunyai teman sepertimu...pintamu agar persahabatan yang terjalin kekal dunia dan akhirat insyAllah...jazakallah ya sadiqi...maat taufiq wannajah fi dunia wal akhirat....insyAllah xkan ku persiakan persahabatan ini...nilai persahabatan yang begitu tinggi..memang tersangat berharga...kerana teman itulah cerminan diri ini...

aku senang skali berteman dengan hamba Allah sepertimu...akan selalu je menemani aku kala duka....dikaulah tempat aku mencurah segala isi hati...kenangan2 kita bersama xkan dpt ku lupakan..sepanjang perkenalan ini ku titipkan doa buat kesejahteraanmu wahai sahabat tersayang...

engkau banyak mendidik jiwa ini..memberi semangat dan dorongan untuk bangkit kembali...sungguh saat ini aku begitu merindui dirimu teman...kesibukkan masing2 membuatkan kita sudah jarang berhubung, namun itu bukan beerti aku tidak mengingatimu teman...jauh disudut sanubari kecilku ini kau sentiasa ada....

masa dan jarak memisahkan kita...namun hati kita dekat teman..sentiasa memikirkan antara satu sama lain..aku amat menyayangimu teman...tersangat sayang..semenjak kita berkenalan dapat ku lihat sinar keihklasan diraut wajahmu...keikhlasan itulah yang membuatkan kita terus menjalinkan ikatan silaturrahim ini....

salam sayang buat sahabat yang jauh disana....
diri ini amat merindui diri anda....
tersangat rindu....
mengalir air mata ini saat diri mengenangkan dirimu....
sayang awk sayang awk smpi bila2...
moga2 Allah memberkati persahabatan kita sayang~~~~~ <3 <3 <3
salam sayang pelukan dan ciuman buatmu teman~~~~

Saturday, May 7, 2011

nafas baru

mencari sesuatu yang baru dalam hidup ini. tidak mahu lagi berada ditakuk yang lama. ingin menjadi seseorang yang kuat dan tabah....tidak mahu berdendam dan suke melampiaskan kemarahan kepada orang yang bukan sepatutnya...juga mahu menjadi seorang yang berfikiran sentiasa positif sesuai dengan ayat Allah yang berbunyi "Husnu zhon" bersangka baiklah kamu kepada semua orang...

memaafkan orang lain juga adalah satu sifat yang mulia yang diamalkan oleh Rasulullah..inginku mengamalkan sifat seperti Rasulullah yang memaafkan seluruh ummatnya. pemaaf itu menenangkan jiwa dan juga terasa sangat damai.. sungguh indah apabila memaafi dan dimaafkan.. insyAllah dengan kekuatan yang masih berisisa akanku teruskan perjuangan menjadi seorang mujahidah Islam

semakin menginjak dewasa sering dibicarakan soal pasangan namun itu menjadi persoalan keduaku kerana skrg fokus utamaku adalah menggapai ilmu and mencari dan membetulkan diri ini...dhaif rasanya diri ini..

Ya Allah aku bermohon padaMU kurniakanlah hidayahMu kepada kami....
Berikanlah PetunjukMu agar kami tidak sesat Ya Allah...

Amin AMIN Amin AMIN~~~

Tuesday, May 3, 2011

pleasure time

bestla jugak bila saya dpt meluangkan mase bersama si kecik ni ha....mmg puas ati lawan2 ngan dia...and suke sgt gigit aku....huhuhuhuhu si kecik yang cilik n senang menyesuaikan diri...itula dia faizatul wafa' the strong baby when her mother strive for her life.....go go go girl...achik sayang wafa.....

Monday, April 25, 2011

merindui dirimu..

semakin hampir dengan tarikh keramat di mana org yang tersayang pergi meninggalkan kami sekeluarga....aku sangat merindui dia tatkala ini...sangat2 merinduinya..Arwah HAfizuddin bin Mohamad telah selamat kembali ke rahmatullah pada 28.4.2005. makin menghampiri tarikh yang tersebut makin ku rasa tersangat sebak...benar kematian itu pasti dan tidak akan terlambat mahupun cepat walaupun seminit..namun sebagai insan biasa sedih akan tetap menyelubungi perasaan ini.

masih jelas dalam bayangan sekujur dirimu dihadapanku 6 tahun yang lepas...berlumuran darah. engkau pergi buat selama-lamanya. katamu akan pulang pada tarikh berkenaan. benar kamu pulang td pulang diambil dan sudah tidak bernyawa...

wahai abangku yang tercinta aku titipkan doa kudus buatmu..agar kau disana bersama golongan yang beriman dan beramal soleh...aku sangat merinduimu...di mana jua akanku bawa kenangan bersamamu..

kekal diingatan kenangan terakhir bersamamu menghulurkan bantuan walaupun hanya seurat getah..itulah bakti terakhirku semasa hayatmu...perbualan telefon juga aku menjadi pendengar dan yang terakhir berbicara denganmu...petanda Allah menyayangimu...

selamat didunia dan akhirat..diri abg dan anak yang soleh. sentiasa memberi bantuan dan dorongan. rindu mmg tersangat rindu..namun ajal dan maut adalah pemisah antara kita...

hanya doa dan titipan Yasiin buat diri yang termampu menjadi penyambung kasih antara kita...jika ditakdirkan bertemu lagi kita akan bertemu disana....amin..

AL-FATIHAH

Tuesday, April 12, 2011

hari ini dan semalam...

hari ini mungkin xseindah semalam namun aku bersyukur kerana hari ini aku masih bernafas dan aku masih menikmati udara yang Allah berikan ini. Aku ingin selamanya begini dalam keadaan aman dan tenteram. Ingin bergerak ke hadapan seiring dengan kemantapan iman. aku dapat rasakan semakin hari semakin bertambah usia aku makin jauh dengan pencipta... harusku mencari dimana silapnya...

semalam perasaan berkecamuk semalam telah ku kuburkan...biar ia berlalu dibawa angin lalu. tidak perlu berpaling ke belakang jika hendak maju ke hadapan. berjuang ke masa hadapan bukan mundur ke belakang. walau sedih atau terluka pada hari semalam tinggalkan ia pada hari semalam bukan membawa hingga ke hari ini..jadikan ia pengalaman untuk maju... bukan sentiasa bersedih sebaliknya muhasabah diri itu penting.

semalam dan hari ini mungkin akan berbeza dan mungkin akan sama.. namun sebagai umat Islam kita perlu bersyukur dan menikmati ape yang ALLAH berikan dengan sebaiknya. panjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri kita....

ingin sekali ku mendekatimu ya Allah....ku pinta padamu berikanlah hidayahMU ya ALLAH.

Wednesday, March 16, 2011

:(

perlukah saya tahu semua itu???
sangat tidak sanggup apabila telahan itu hampir benar..
mendapat suatu kebenaran...
waaa tidak...
kenape perlu ada yang same???
kebetulan yang telah dirancang oleh Allah...
dan mengapa dia perlu bertindak seperti itu??
Astarghfirullah....mmg membuat aku berpikir sejenak...
mengapa dia sering muncul???
adakah benar kerana kami saling memerlukan???

ya Allah kurniakanlah kekuatan kepadaku.....

menggengam janji

Lirik Amani - Amar

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/03/lirik-amani-amar.html#ixzz1GmYZy63K

Wednesday, March 9, 2011

menipu...

dua kali aku ditipu...dua kali....akan aku ingat sampi bila2..sesungguhnya aku mmg xdpt menerima org yang menipu aku.mengapa perlu menipu..
aku benci org menipu. aku tak pernah menipu dia.tak pernah. jujur sejujurnya aku bagitau ape yang benar. tapi ape balasan yang aku dpat?? tipuan helah..
mmg amat "gembira"la mendapat kawan yang cmni..."gembira" sangat.sanggup menipu tatkala aku menaruhkan sepenuh kepercayaan...
skrg tidak lagi. aku xkan percaya sepenuhnya pada kau lagi. aku akan berjaga-jaga.
terasa sangat..begitu senang aku diperbodohkan. aku bukan budak kecil...akhirnya kebenaran terungkap jugak..ye kebenaran selalu bersama orang benar...
ok hari itu dah berlalu. wpun pedih masih terasa.namun aku akan bertahan. aku akan tetap bertahan. kesabaran aku masih tebal. tunggu masa yang sesuai Allah akan membalasnya .
aku hanya akan berdoa supaya kebenaran sentiasa tebentang di depan mata aku....

amin
p/s: sabar,sesungguhnya sabar itu kunci segala kelemahan.

Saturday, March 5, 2011

saya boleh...saya boleh...

sejak dua menjak ini air mata mengiringi siang dan malamku..aku tidak mampu menyeka air mata daripada terluncur keluar dari tubir mata..mengapa ini semua terjadi mengapa??? yang pasti sebab mengapa ia terjadi aku tidak tahu cuma aku yakin dengan suratan dan ketentuan Ilahi ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian alam ini.

kadangkala aku buntu dengan semua yang telah terjadi. namun aku harus tabah. aku tidak akan sesekali jatuh..perjalanan hidup masih panjang..masih ada banyak lorong yang harus aku lalui.bukan hanya hari ini dugaan itu datang mungkin akan terus berlanjutan..

dugaan mematangkan manusia..akan tetapi dugaan kadang2 melemahkan manusia dan mudah tededah dengan putus asa..aku juga sama. hanya insan yang lemah. apabila diuji hati akan sedikit terusik...

dugaan bukan hanya datang dari satu lorong namun banyak lorong yang aku tempuhi..
dengan izin Allah aku akan berusaha sekuat hati melawan perasaan ini...aku harus kuat,,KUAT...
insyAllah...

Ya ALLAH hanya padamu tempat aku mengadu...

Wednesday, March 2, 2011

DAMBAAN

setiap manusia memiliki fitrah ingin memiliki dan dimiliki...hatta barang pun hendak dimiliki..
apatah lagi sebagai makhluk yang mempunyai perasaan seperti manusia.Sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia berpasang-pasangan.dan Sesungguhnya manusia juga dikurniakan rasa sayang dan cinta..

Tidak siapa perlu menyangkal.Semua itu adalah telah ditentukan semuanya. Dan di sini, aku mendambakan yang halal buatku agar aku bisa melayar bahtera dengan limpah kurnia dan hidayahNYA. Akan ku terus panjatkan doa kepada yang esa agar aku mendapat jodoh dan seorang pria yang mampu menuntun aku ke jalan yang benar.Yang mampu menyayangiku ikhlas kerana Allah.

Ya Allah ku panjatkan doa kepadaMU agar , andai seorang lelaki yang mencintaiku, biarlah dia seorang yang mencintaiMU yang tidak pernah alpa kepadaMU. Dan andai aku jatuh cinta, jangan biarkan aku lalai dengan perasaan cintaku kepada manusia yang bergelar lelaki. Dan biarkan jua hanya padaMU ya Allah aku menyerahkan segala cinta yang hakiki.

Pernah ku terbaca coretan seorang sahabat,tidak dapat ku pastikan sama ada hadis,atau pun apa,namun kata-kata yang diungkapkan adalah seperti ini andai manusia memelihara diri dari melakukan perkara yang haram. Maka Allah akan memberi yang Halal kepadanya.

InsyaAllah bersisa kekuatan yang ada,aku bermohon agar jodoh yang di tetapkan padaku adalah jodoh yang terbaik dan diredhai yang mampu menjadi imam kepadaku dan anak-anakku nanti.
Menjadi pelindung diri ini,tempat meluahkan serta tempat melampiaskan manja.

Tiada yang lain selain yang HALAL yang ku dambakan...
Moga mendapat jodoh yang soleh serta beriman.
Moga jua mampu menjadi bapa yang baik kepada anak-anakku..
Menjadi anak yang taat ibu-bapa.

InsyAllah...


Monday, February 28, 2011

ibuku...

my mother...
ma alwey in my heart...


saat ini aku amat merindui insan yang bernama ibu..
sangat merindui..jarak yang jauh menjadi pemisah antara dua anak beranak..
apabila berjauhan aku mengetahui bahawa bertapa ibu adalah segala-galanya...
aku amat menyayangi ibuku..
di mana jua aku berada iringan doa buatmu tidak pernah padam...
di dalam hati kecil anakmu ini sentiasa merinduimu ibu.
bagaimana agaknya keadaanmu sekarang??
masa terluang tidak pernah aku terlupa untuk menghubungimu..
sentiasa lekat di bibir dan lubuk hati..
kau la ratu di mahligai hati ku..
wahai ibu...
di kejauhan ku titipkan doa kesejahteraan agar ibu sentiasa di bawah lembayungnya..
merindui pelukan dan belaian manjamu wahai ibu...
linangan air mata akan bercucuran tatkala dirimu mnjelma di bayangan...
ibu...
tanpa ibu tiada aku di dunia,,
terima kasih kerana melahir dan membesarkan aku ibu..
tidak terbalas segala jasamu ibu...
mohon doa restumu agar mengiringi kehidupanku di kejauhan...
doakan anakmu ini ibu...
ibu aku sayang padamu....

mencari ketenangan...

kadangkala sekarang kehidupan banyak dugaan yang menimpa. dan itu adalah dugaan dan cubaan yang Allah tetapkan bagi setiap hamba. dan aku juga tertanya2 kenapa ada manusia yang tidak tahu menjaga hati dan perasaan manusia lain??

aku mungkin juga begitu?? tidak tahu menilai perasaan orang lain?...apabila terkena diri sendiri aku akan berpikir sendiri..wajarkah tindakan aku?? wajarkah??

bagi setiap manusia mmg xakan nmpak kesalahan diri sendiri..tapi kita harus berusaha muhasabah diri masing2...dan saat aku mengenali seorang insan yang xpenah n xtau menjaga hati orang lain aku benar-benar kaget.bukan seorang yang mmpunyai perasaan itu namun ramai...adakah dia tahu bahawa dirinya seperti itu??? aku juga meneliti diriku..mungkin juga aku adalah seperti itu.

apabila berhadapan dengan dia aku rasa seolah2 diperlekehkan...takdir telah menetapkan aku bertemu dan berkenalan dengan dia. ku pasrah akan semua tu.akanku berusaha untuk menahan diri dari dikuasai amarah dan kebencian.....

wahai insan yang bernama makhluk Allah...
ku panjatkan kesyukuran agar kita sama-sama mendapat hidayah Allah..
tiada manusia yang sempurna...
aku mengharap kau menjadi seorang yang lebih memahami dan bukan melontar kata-kata tanpa berfikir pnjg.....

Wednesday, February 16, 2011

yang mana 1 pilihan hati...

soalan yang telah dilontarkan pada aku. kalau seseorang menyukai dan menyayangimu dengan ikhlas atau seseorang yang memberi harapan yang tdak pasti mana satu akan menjadi pilihan dirimu???

satu soalan yang membuat aku berpikir sejenak. lantas aku memilih yang ikhlas menyayangi dan menyukaiku kerana susah untuk mencari keikhlasan dalam sesuatu komitmen. di sini bukan sahaja untuk berlainan jantina khasnya tapi juga sesama kaum am nya ntuk memilih sahabat yang layak ntuk didampingi.

di mana dapat dibeli ikhlas dalam diri seorang insan?? tiada dijual mahu jua diwarisi. hanya terletak dalam diri seseorang. ya sifat ikhlas adalah amat susah untuk dicari. susah. hatta dalam setiap diri insan itu pasti akan ada dalam setiap perbuatannya sifat tidak ikhlas kerana manusia tiada yang sempurna.

memberi dengan ikhlas seuatu perkara agak susah untuk dicapai namun menerima pemberian ikhlas adalah tidak susah. janganlah mensia-siakan ape yang telah diberi. namun juga walaupun memberi kasih kepada wanita dan kepada lelaki adalah tidak salah andai berlandaskan syariat dan jalan yang betul.

Friday, February 11, 2011

sedih dan gembira

pesanan seorang sahabat yang banyak memberi dorongan dan motivasi kepada saya. susunan ayat di atas amat memberi makna kepada saya. mengadula pada Allah kerana Allah maha mendengar. manusia belum tentu menjadi pendengar yang setia tapi Allah menjadi pendengar yang paling setia kerana yang paling Berkuasa dalam sekalian alam.

bermohonlah pada Allah. ya benar kerana Allah lah segala2nya. Allah maha adil.manusia tidak layak mengadili manusia lain sama sekali.tidak. tiada makhluk yang sempurna. namun muhasabah diri penting bagi mengesan di mana salah dan silap kita. sifat ego setiap manusia yang menjadi benteng untuk manusia berubah.

ya saya telah menyedari hakikat itu. sukar untuk menerima.namun akan saya kuatkan hati demi menjadi insan yang tabah. sy xkan biarkan semua mata didunia ini memandang saya dengan sebelah mata. biarkan saya terus menjadi manusia yang tabah YA ALLAH.

sahabat itu juga berpesan hidup ibarat sebuah perjalanan menaiki bas. apabila di tengah jalan kita melihat kecelakaan. kita merasa sedih namun tidak dapat tidak kita harus meneruskan perjalanan kita. dalam perjalanan lagi kita terjumpa sebuah taman yang indah. demi menatapi keindahan alam kita singgah sebentar.hatta tempat itu menggembirakan kita namun kita harus maju ke hadapan kerana destinasi masih belum tiba. begitula perumpamaan hidup apabila kesedihan datang kegembiraan akan menyusul.

terima kasih sahabat...
anda telah memotivasikan diri saya.kesedihan hanya sementara namun kegembiraan akan datang menjelma...hadirnya suka dan duka adalah permainan dalam kehidupan..


P/S: merindui seorang sahabat yang membimbing dan bukan menghancurkan...
YA AZIZ YA JABBAR YA MUTAKABBIr

Wednesday, February 2, 2011

kalau tiada angin masakan pokok bergoyang....

peribahasa melayu yang amat ringkas tapi membawa maksud yang amat mendalam. terpikir jugak kenape pepatah ini keluar. ape kaitannye dengan kehidupan manusia...

setelah ku amati ya mmg berkait rapat dengan hidup manusia...perbandingan yang tepat kerana kalau angin tiada pokok tidak akan bergoyang,tapi pokok boleh bergoyang juga kalu ade yg goyangkan. tapi soal pokok digoyangkan soal kedua...sekarang soalnye angin yang menggoyangkan pokok.

sama seperti perumpamaan itu jga diibaratkan dengan perbuatan manusia. kalau sesuatu yg xdibuatnya jarang akan dipersoalkan dan ditimbulkan isu...tp manusia mmg xlari drpd semua tu...

xde ape2 nk di olah sangat...
cuma kata2 tu amat memberi kesan mendalam pada aku

Monday, January 31, 2011

one day.......

Hati tergerak untuk menulis bingkisan ini setelah membaca post seorang teman. Ku kira amat memberi kesan kepadaku. Bukan sedikit tapi banyak menggerakkan minda aku untuk lebih berfikiran jauh.

Isu hangat yang sekarang giat dibincangkan,pasti semua tau iaitu trend bercouple. Mungkin bagi mereka yang sedang dilamun cinta amat seronok dan asyik apabila mendapat belaian jiwa. Namun sering kali aku bermonolog sendiri apakah mereka tidak malu?? atau merasa segan apabila sesuatu yang tidak pasti tetapi sentiasa mengatakan sayang dan rindu. Satu persoalan yang sehingga kini masih bermain di mindaku. Walaupun jawapan sudah terang,tetapi terdetik jugak kenapa ya....

Dusta kalau dikataka aku xpernah ada perasaan macamtu. Fitrah manusia dilahirkan berpasangan.
Dan bukan tiada yang ajak mencuba.

Peristiwa yang masih segar sewaktu zaman persekolahan tamat. Peristiwa ini hadir. Namun satu suara halus berbisik. "LA TAKROBUZZINA"...

Aku pening,menoleh kiri dan kanan mencari suara itu. Rasa takut sudah semestinya menyelubungi aku. Terdiam sejenak. Lantas aku mengambil keputusan menjauhi perbuatan yang menghampiri zina itu.

Sahabatku berkata,awak memang beruntung kerana Allah masih sayang. Alhamdulillah aku bersyukur menjadi salah seorang yang terpilih untuk tidak terjerumus melakukan maksiat.
sehingga hari ini peristiwa itu masih kekal dalam ingatan. Allah sayang padaku.

Biarlah mahu dikatakan kuno,namun akanku pertahankan pendirianku bahawa tiada COUPLE dalam Islam. Sebagai umat Islam aku harus mempertahankanya.
Sengaja aku mahu berkongsi dengan teman-teman pengalamanku ini. Ku kira mampu memberi manfaat kepada semua. Memang aku sangat bersyukur. Andai tiada bisikan itu maka sekarang aku adalah salah seorang yang memperjuangkan "couple"

Impian dan juga harapanku saat ini mencari seorang SUAMI yang beriman dan mampu melayari bahtera dengan syariatnya....

p/s: DIALAH PERMATA YANG DICARI.....

Sunday, January 30, 2011

permata.....

permata yang dicari by
lagu ini amat memberi kesan pada aku..
bertapa agungnya cinta itu andai dijalan yang benar.
cinta yang amat tulus...
dialah permata yang dicari..
selama ini telah ku temui.
tp ku xpasti rencana ilahi
apakah ia kan ku miliki...


cinta hakiki....
insyAllah akan ku miliki

Saturday, January 29, 2011

K.I.F...ting tong

kenal ye mase pom 4
mase pom 3 kenal2 gop ase
p xpenoh ckp.
senyum je kot...
tu pon kalu adela...
aku ase budok ni sombong cket...
hahaha gura je..awk jgn amek ati erk.

rapat mase pom 4 gak ar
tu pun ade sebab ar
haha mok ye ustazah aku...
spupu ye kwn aku..
umah ye kat kg aku..
hahahaha

mule2 kenal lawok gk mamat ni
the most sweet bout this guy...
the only one yg.....tet......aku je r tau
urm mmg xsgkala...
btw thanks tau...

sbb sy dah jnji ngan dia..
so sy tunaikan jugak ar...
mamat ni kan suke wat lawak..
buat aku hepy2...
n mmg xkering gusi ar duk ngan dia..
2 taun sekelas pn ok lar....
kacip x erk??? xaula...
kene tye ye diri ar...
bagi aku mmg sonok r dpt kenal dia..
awk erh kalu sy ade
wat silap dan salah mntak maaf byk la yerk....
nice to have frenz like u....

p/s : beday dia mmg tarikh yg ckup bermakna buat aku dan family....

kaula serikandi~~~~

mengenali dirimu amat bermakna buatku
kau sentiasa hadir kala aku memerlukan
saat berduka kau sentiasa di sisi.
menghiburkan hati mengubat duka lara
diriku menyenangi mu
kau lah sahabat dunia akhirat
andai dilontarkan satu soalan
siapa yang mahu mnjadi rakanmu seumur hidup.
akanku jwb "tidak"
kerna aku mahu menjadi kwan dunia dan akhiratmu

antara kenangan terindah aku dengannya
sweet kamo...miss u
aisyah radhiah mohktar ( my bff ever)


kenal mase pom 1
mase tu minggu orientasi
kenal g2 g2 je.
xrapat ane pun
pom 2 pisoh kelah kejap
pastu pom 3 sekelas mula...
mase ni doh r stat kacip
mmg kacip r...
hahaha
pastu pom 4 pisoh mula...
kejap je pn xlame...
pom 5 jmpe mula...
jodoh pnjang...
hahahaha
mmg awok2 galok okmo ar...
hahaha kelas 5 nur pada suke awk2 ite je..
kenangan terindah 5 nur..
pa leni kacip.
ade status istimewa agi...
hak2 pa ade orang jeles...
bia r ye ...
sy syg kwn saya ni
dia suke senyum
dahla comey...sweet agi..

kenangan banyak sgt dgn dia.
gelak ketawa sume ade.
syg dia sgt2..
sahabat yang memahami dan menyenangkan.

Wednesday, January 26, 2011

HaYaTiLa..........

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi


Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu


Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)

Tuesday, January 25, 2011

SEHARI BERSAMA PELANGGAN..dan kegilaan kami

Aktiviti aku harini..
Fakulti pengurusan maklumat telah menganjurkan
aktiviti sehari bersama pelanggan.
Banyak gak gerai yang bukak
Paling cute aku pat tgk arnab yang mcm bear.
huhuhu
comel yang amat..
nk pegang tp takut...hek2
padahal comel sgt..mcm bear bear
kempen derma darah pn ade skali..
tp.....
aku ni penakut...
takut tgk jarum n takut nk kene inject..
apetah lagi tgk darah aku kuar..
waaaa....
agak seram wpun menda tu satu amalan yang mulia.
namun belum mempunyai kekuatan yang tegar..
klo lenkali aku mmpu n BERANI yang pntg...
wahahaha
penakut gak aku upenye...
tgk cite antu xde plak nk tktnye...
always us
tq puan adilla bg cupcake free...(homemade)
arnab tomey pn saniah
ain,dayang and me

ayuk bergambar kite bergamba..

smile....one two click (><)



my beloved housemate aka best mate..

lain2 aktiviti kitorang ade gak r menari..
hahah pdahal aerobik aka aerobot bg kitorang..
org len sebok senam kitorang sebok bergmbr...
papeun best sgt2...

diri mu sentiasa dalam hati...
ingin ku ulang ke masa lalu..
akanku ingat kenangan itu smpi bila2..
u oll always in my heart...




p/s: waaa bising je kat blkg an...iyah iyah senamrobit....wahahaha

Monday, January 24, 2011

cabaran baru

Dunia makin tua..
usia makin dewasa..
dugaan dan cabaran akan makin bertambah
cabaran terbaru yang akan ku tempuhi
memegang amanah
yang aku harap aku mampu melaksanakan
aku memohon doa dari Allah.
moga harapan dan impian aku menjadi kenyataan
permudahkan segala urusanku
moga mendapat keberkatan
di saat aku berada jauh di tempat orang
merantau mencari ilmu.
cabaran dunia di sini turut sama hebat dengan dugaan kerja
aku harus kuat.
harus tabah.
dekatkan diri dengan pencipta..

Saturday, January 22, 2011

Hidupku bersama kamo...

KAWAN....

salam...
permulaan cerita..
di smkaTJ kami bertemu...
kwn baik saya..
saya merindui kalian..
moge kalian sentiasa dalam
rahmat Allah
muniey,nadiy,naniey...
miss uols

kawan2 saya yang sa
ngat saya sayang..
mengenali mereka di puncak perdana
susah dan senang kami bersama...
biar pun xlame kite kenal.
namun kenangan bersama kamu.
sentiasa tersemat dihati.

new...

lame xupdate blok aku ni ha
skrg an aku dah jadi siswi universiti
dah masuk sem 2 aku dekat uitm puncak perdana.
dekat cini mcm2 la dugaan yang aku hadapi..
firstla kene berdikari sbb kat cini jauh dr pmily kat ganu
pun bgaimana walau abg aku yg sulong dekat je kat cini...
xde hal r ..
mase sem satu tetiap minggu je aku balik,,
sem 2 ni jadual agak pack sket..
so aku jarang r nak balik umah dia..
stay jela kat ostel ni ha...
lgpun byk benda gak pat wat duk kat cini...
kengkadang lepak2 pun jd ar...
awl2 sem 2 ni agk membosankan bagi aku..
sebb semua subjek hanye baru masuk pengenalan..
so semua pepaham jela..
agak memboringkan...
tp syukur gak xpat esemen agi awl2 ni ha..
tp ti tgkla mlm pn xtido wat esemen...huhuhuk
tp tu lumrahla duk kat u ni..
kat tmpat org n jauh nk mununtut ilmu.
aku mmg kene byk bersabar dengan kerenah pelbagai org..
mcm2 aku kene hadapi..
sabar aku mmg tinggi...
xpela at least tolerate is very good rite??
nk hdup tmpat org xleh ikut cekadak sendiri...
kene ar gak pndai2 amek ati org len...
so far aku kat cini rmi ar gak kwn...
mostly kenal gak r aku...
sume tu pas modul KI sem 1 ...
huhuhu aku menjadi lebih matang...
kene kuat semangat n azam sem ni nk kejar cita2
nk jadi kebanggaan ma n aboh...
aku syg ma aboh..
ma aboh wait for me bring u the excellent......


p/s: sape2 yang bace doakan aku skali erk....