Monday, January 31, 2011

one day.......

Hati tergerak untuk menulis bingkisan ini setelah membaca post seorang teman. Ku kira amat memberi kesan kepadaku. Bukan sedikit tapi banyak menggerakkan minda aku untuk lebih berfikiran jauh.

Isu hangat yang sekarang giat dibincangkan,pasti semua tau iaitu trend bercouple. Mungkin bagi mereka yang sedang dilamun cinta amat seronok dan asyik apabila mendapat belaian jiwa. Namun sering kali aku bermonolog sendiri apakah mereka tidak malu?? atau merasa segan apabila sesuatu yang tidak pasti tetapi sentiasa mengatakan sayang dan rindu. Satu persoalan yang sehingga kini masih bermain di mindaku. Walaupun jawapan sudah terang,tetapi terdetik jugak kenapa ya....

Dusta kalau dikataka aku xpernah ada perasaan macamtu. Fitrah manusia dilahirkan berpasangan.
Dan bukan tiada yang ajak mencuba.

Peristiwa yang masih segar sewaktu zaman persekolahan tamat. Peristiwa ini hadir. Namun satu suara halus berbisik. "LA TAKROBUZZINA"...

Aku pening,menoleh kiri dan kanan mencari suara itu. Rasa takut sudah semestinya menyelubungi aku. Terdiam sejenak. Lantas aku mengambil keputusan menjauhi perbuatan yang menghampiri zina itu.

Sahabatku berkata,awak memang beruntung kerana Allah masih sayang. Alhamdulillah aku bersyukur menjadi salah seorang yang terpilih untuk tidak terjerumus melakukan maksiat.
sehingga hari ini peristiwa itu masih kekal dalam ingatan. Allah sayang padaku.

Biarlah mahu dikatakan kuno,namun akanku pertahankan pendirianku bahawa tiada COUPLE dalam Islam. Sebagai umat Islam aku harus mempertahankanya.
Sengaja aku mahu berkongsi dengan teman-teman pengalamanku ini. Ku kira mampu memberi manfaat kepada semua. Memang aku sangat bersyukur. Andai tiada bisikan itu maka sekarang aku adalah salah seorang yang memperjuangkan "couple"

Impian dan juga harapanku saat ini mencari seorang SUAMI yang beriman dan mampu melayari bahtera dengan syariatnya....

p/s: DIALAH PERMATA YANG DICARI.....

No comments: