Wednesday, September 26, 2012

menulis lagi dan menulis

inginku catatkan kata hati disaat bibir tidak mampu berkata-kata lagi.
manusia berbeza rupa, berbeza pendapat dan fikiran.
hati juga berbeza dimana ada yang mampu menerima kekurangan dan ada juga tidak.
wahai segumpal darah yang bernama hati,
tika diuji sentiasalah tabah,
cubalah menerima segala kekurangan dan kelemahan orang kerana kita bukanlah sempurna,
wahai hati,
akanku cuba untuk menghiasi diri ini dengan sentiasa berbaik sangka serta menerima segala yang kurang dengan mengingati segala kelebihan.
prinsip yang baru ku peroleh,
"Ingatlah kebaikannya untuk menutup segala keburukkannya"

Seharian aku berfikir,
Apakah salahku???
mengapa aku sering diperlakukan begini..
ku renungkan kembali. dan aku bukanlah manusia yang baik dan sentiasa membuatkan orang berkecil hati.
ingin ku ubah diri ini, namun menjadi sebegitu kadang-kadang membuatkan diri ini dipijak-pijak dan diinjak-injak.
aku punya maruah, namun kadangkala harus ku ketepikan egoku itu.
 Aku pasrah jika mereka tidak menyukaiku..
Aku redha, namun aku bimbang JIKA
ALLAH murka dan tidak meredhaiku... :'(

Aku tahu semua sukar menerima perangaiku,
Aku tahu itu,
Ku cuba perbaikinya cuba dan terus mencuba,
Namun inilah diriku...
Andai aku boleh menerima kekurangan mereka kenapa tidak mereka??
Mungkin aku tidak layak untuk menyoalkan kenapa.
Namun aku menadah keampunan dan penuh pengharapan agar semua bisa menerima kekurangan diri ini....

Monday, September 24, 2012

cantik dan kelihatan cantik

Cantik atau kecantikan adalah suatu yang sangat subjektif.
Semua insan tidak kira lelaki mahupun wanita ingin nampak cantik di mata orang lain.
Tidak salah untuk kelihatan cantik kerana "Allah itu cantik dan sukakan kecantikan".
Jadi tidak salahlah jika semua ummat manusia ingin kelihatan cantik dan berseri dimana mereka berada.
Menjadi cantik tidak semestinya perlu untuk memakai mekap, pakaian yang mahal-mahal atau mewah, mewarnakan rambut dan lantas mendedahkan auratmu wahai sahabat.
Kelihatan cantik di mata Allah adalah seindah-indah kecantikkan seseorang daripada mementingkan kecantikan dimata lelaki, perempuan, kawan dan mahupun sesiapa sahaja.
Islam menggariskan panduan dalam berhias untuk kelihatan cantik.
Bagi Wanita adalah berdosa jika berhias secara belebihan dan dipamerkan kepada golongan ajnabi.
Dalan Islam wanita dibolehkan berhias dihadapan suami.
Oleh itu, tidak perlulah menunjuk-nunjuk kecantikan kalian untuk tontonan umum.
Tutuplah segala mahkota indahmu wahai sahabat-sahabatku sekalian.
Indah sungguh ciptaan Allah kepada kita.
Peliharalah ia sebelum seluruh tubuhmu bakal dilitupi dengan kain kafan.
Sayangilah anugerah yang Allah berikan dari dijadikan bahan bakar dalam api neraka kelak.
Mahal nilai yang Allah berikan ini.
Allah tidak marah untuk kamu kelihatan cantik tapi menurut garis yang telah ditetapkan.
Labuhkanlah pakaianmu, Longgarkanlah pakaianmu, Tutuplah segala mahkota singgahsanamu agar syurga jannati menantimu disana.
Allah sayang akan hamba yang mengikut segala suruhanNya.
Ingin menjadi cantik tidak salah kerana Allah memang sukakan kecantikan,
Namun jalan itu menjadi cantik itu perlu dititikberatkan....
Akhir Kalam, Cantiklah kamu di mata Allah bukan dimata Manusia

Saturday, June 16, 2012

irndu ramadhan rindu abah...

tidak tertahan air mata ini mengalir bila mengenangkan seseoang yang sudah selamanya pergi dari hidup ku..
aboh, rindu sangat dekat aboh...takdir Allah memanggil aboh dulu..ramadhan kali ni hadir tanpa aboh lagi disisi kami, tanpa seorang ayah...umpama seluruh kekuatanku hilang, jatuh dan terus berkecai...
lemahnye aku disisiMU ya Allah...sungguh aku sangat-sangat rindukan aboh...terasa cepat sangat Allah bagi masa nk bersama aboh.. tidak tertahan air mata ini mengalir. pilu sungguh hiba semua merundum diri ini.....YA ALLAH YA ALLAH, berikanlah kekuatan buat diriku ini.....

Saturday, June 2, 2012

iman...

adakah imanku kian luntur kini???
ya ALLAH kenapa ini yang terjadi padaku??
ku lihat semua semakin ke arah kebaikan,
namun apa yg dah terjadi padaku kini???
apa yang pernah ku ungkapkan dulu kini telah terbalik,
ya ALLAH,
kenapa diriku ini seperti ini??
kenapa aku makin mundur,
bukan makin maju,
aku menuju jahiliah,
zaman dimana manusia jahil kepada ISLAM...
YA ALLAH berikanlah hidayahmu kepadaku...
aku amat sedih ya ALLAH,
berikanlah aku kekuatan untuk menuju redhaMU,
aku inginkan kekuatan dariMU,
insyALLAH kali ini aku bertekad,
aku ingin mencari keredhaan ALLAH,
aku ingin berubah, inilah titik permulaannya aku ingin menjadi yang di redhai ALLAH,
inilah permulaan untuk melangkah lebih jauh kehadapan,
aku akan berubah aku akan berubah insyALLAH..
jangan bertangguh lagi!!!!
kamu mesti berubah wahai nor hanani mohamad,
jangan mengundang azab Allah lagi,
jangan cuba untuk menyiksa arwah abah disana.....
YA ALLAH,
aku sedih dengan diri aku ini, kenapa aku begini???
aku seharusnya berubah bukan sentiasa bercakap untuk berubah,
kuatkanlah kaki ini ya ALLAH,
hidayah perlu dicari bukan datang sendiri,
mungkin ini hidayahMU padaku ya ALLAH,
Alhamdulillah, akan ku kukuhkan....

Thursday, May 31, 2012

sahabat dan suami

ku menonton sebuah kisah,
dimana bagiku amat bermakna,
dua orang sahabat lelaki dan wanita,
pernahkah mendengar bahawa sahabat lelaki dan wanita,
tidak akan kekal bersahabat selamanya,
kerana antara lelaki dan wanita ada magnet,
C.I.N.T.A
ia hadir bukan kerna rupa semata-mata,
dari mata turun ke hati, 
bukan rupa turun ke hati,
mata pancaindera yang sungguh istimewa,
ia berfungsi untuk melihat dan mengamati objek,
dengan mata juga cinta terzahir,

pepatah di dalam kisah yang ku tonton.
"sahabat belum tentu bersedia untuk menjadi suami yang baik,
namun suami pasti bersedia untuk menjadi seorang pendengar jua sahabat
yang paling akrab"
aku amat tertarik dengan kata-kata ringkas namun bermakna ini,
dengan sahabat lelaki, kita tidak halal dengannya,
namun dengan SUAMI kita boleh berkongsi suka dan duka bersama,
suami boleh meminjamkan bahunya dan mengesat titisan dipipi kita,
sahabat???
tidak mampu untuk mengusap dan membelai kerana ia tidak halal,
mempunyai sahabat lelaki tidak salah kiraku,
andai dapat menjaga batas-batas pergaulan,
saling ingat-mengingati,
juga tidak salah untuk menjarakkan perhubungan,
bukan niat untuk memutuskan silaturrahim,
wahai sahabat, 
harus kau paham itu,
aku menyayangimu ikhlas kerana Allah dalam bersahabat,
ayuhlah menjaga perhubungan ini,
janganlah kita terlalu asyik berkongsi suka dan duka,
bimbang diri ini goyah,
kamu lelaki,
yang kuat sifatnya,





ku dambakan lelaki bergelar suami,
untuk menjadi bahu dan sapu tanganku,
insyALLAH akan ku tunggu kehadiran seorang lelaki 
yang bakal melengkapi fitrahku...

Tuesday, May 29, 2012

ku cari dirimu bila kau tiada....

sungguh aku merindui kehadiranmu, peritnya menanggung rindu.
disaat kau ada aku tidak mengendahkan, namun sekarang ku akui aku merindui dirimu,
aku ingin kita kembali seperti dulu bukan menyendiri lagi,
mungkin kau sudah menjumpai penggantiku...
namun aku ikhlas menunggu dirimu..
mudah untuk mencipta kenangan namun teramat susah untuk memadamnya,
mudah untuk mencari teman tapi susah untuk mendapatkan hubungan yang sejati,
mungkin ini sudah suratan kita sudah tidak seperti dulu,
aku redha, ini lah dulu yang ku pinta, namun sebenarnye susah untuk melaksanakan
mengungkapkan lebih mudah dari melaksanakan..
maafkan ketidaksempurnaanku ini..

Tuesday, May 22, 2012

KINI dia tiada lagi

lama dia sakit menanggung derita...
lama dia menahan siksaan dunia sementara....
mata ini memandang sungguh berat..
apatah lagi bahu yang memikul bebanan...

aboh,
seorang ayah yang amat ku kasihi,
kini pergi meninggalkanku selama-lamanya..
tanggal 14.3.2012 dia telah pergi,
pergi meninggalkan kami dan xkan kembali...

YA ALLAH,
aku tidak kuat menanggung dan menahan sebak pemergian seorang ayah
hanya 21 tahun aku sempat merasai kasihnya..
belum puas rasanya,,
jarak dan masa memisahkan kami...
sungguh aku rindu untuk memanggilmu aboh
bertanya apa menu mu hari ini,
bertanya khabarmu..
menunggumu menjawab panggilan telefonku..

ya sungguh aku tidak mampu menahan sebak rindu
seringkali air mata ini tumpah pabila mengenangkan mu
sudah lama tidak menjenguk pusaramu
rindu hati ini pabila menatap wajahmu di potret..

tubuhmu begitu susut dikala saat pemergiaanmu,
sungguh aku rindu untuk mendengar bebelanmu
aku sanggup mendengarnya..
dulu ya sungguh aku tidak betah,
namun sekarang ku teramat merindui semua gerak langkahmu.....

2 bulan telah berlalu,
rejab menjelang tiba,
disusuli syaaban ramadhan....
kuatkah aku menempuh ramadhan ini tanpa kehadiranmu seorang ayah????
air mata mengalir lagi saat ini...
rindunya aku padamu..
hanya doa penghubung kita,
tidak pernah ku putus2 memanjatkan doa buatmu aboh...
moga mu disana bahagia amin amin...

al-fatihah aboh,
14.08.1954-14.03.2012
(57 tahun 8 bulan)

Friday, February 3, 2012

jalan yang berliku

assalamualaikum w.b.t
masih lagi dalam cuti semester bagi sesi ini...alhamdulillah syukur sangat kerana masih diberi kesempatan untuk bersama keluarga di terengganu bumi kelahiranku tercinta...i luve being in terengganu everla...with my own bed, my own pillow n many more...

semalam tepat jam 12.50 am abah dan ma ku telah bertolak ke Puncak Alam untuk mengubati sakit abahku yang telah berbulan2 lamanya...moga dengan usaha dan ikhtiar kali ini dapat menyembuhkan penyakit abahku...doaku dan seluruh isi keluarga mengiringi langkahmu abah...insyALLAH syafakalllah abah...we all love u..

setiap penyakit yang dicipta Allah pasti ada penawarnya...Allah menguji manusia untuk rajin berusaha mencari dan mencuba penawar disamping memohon kepadanya...

kini, menggalas bebanan yang tidaklah seberat mana, perlu menjaga adik2 dirumah ini...juga perlu menguruskan makan dan pakai mereka...menggalas sementara bebanan yang selama ini dipikul oleh ibu-bapaku...inilah masanya untuk aku membalas pengorbanan mereka..di sebabkan kesibukan itu juga aku tidak mempunyai kesempatan untuk update belog ni..hehehe tapi syukru lillah arini aku rase rajin lak nk menaip...

rindu plak sahabat-sahabat aku yang sentiasa menemani aku berceloteh..bukan aku mendiamkan diri.namun kesibukan ini mengekang aku untuk meluangkan masa bersama kalian...:( rindu kalian sangat2

stakat ni shja arini smbung bila2 plak...

ku doakan kesembuhanmu abah...ma insyALLAH lepas ini abah sihat..:)

Friday, January 27, 2012

single but NOT AVAILABLE YET

Asslamualaikum w.b.t

thats my quote..
single but NOT AVAILABLE YET

bermaksud masih belum berpunya dan masih belum bersedia untuk dimiliki..
menginjak usia remaja ini, siapa yang tidak berkeinginan untuk mempunyai pasangan kan??
tipulah andai ku katakan tidak mempunyai keinginan itu...
buat masa sekarang bagi aku belum masanya lagi , kerana masih ingin berbakti kepada ibu-bapa dan menimba ilmu dahulu...namu andai ditakdirkan hatiku terbuka untuk menerima kehadiran seorang insan bernama LELAKI tidak akan sesekali ku menolak takdir...

buat masa ini hatiku masih belum memikirkan soal ingin mempunyai pasangan namun tidak bermakna selama-lamanya. doaku tetap kudus untuk memiliki seorang insan yang mampu membimbing dan menjadi pelengkap hidup ini berlandaskan syariat yang terbentang menuju jalan ke syurga kekal abadi...

tumpuanku saat ini hanyalah kepada keluarga dan pelajaran..ingin ku gapai segulung ijazah dan menyumbang bakti kepada kedua ibu-bapaku dahulu.. belum puas aku bermanja dengan mereka...ku menadah memohon kepadaMU YA ALLAH, titipkanlah kasih sayangMU kepada kedua ibu-bapaku agar mereka seperti mana mereka mengasihaniku semasa kecil hingga dewasa...

AMIN YA ROBB...:)

my mission now wanna upgrade ALL n get ready mentally also physically.....
single n NOT AVAILABLE YET...:)

Thursday, January 26, 2012

its a start point..

Assalamualaikum...
syukur ke hadrat ilahi kerana masih bernyawa hari ni dan masih menyedut udara Allah yang segar lagi nyaman ini..
masih diberi kesempatan untuk menatap wajah ibunda dan ayahanda yang tercinta..Alhamdulillah syukur padaMU ya ALLAH..

Alhamdulillah syukur juga kerana doaku telah dimakbulkan...keinginan hati ini..Alhamdulillah syukur yang tidak terperi kerana sudah lama berhajat ia akan datang kepadaku...:)

meskipun pahit mulanya untuk ditelan tapi aku bahagia jua...hasrat ini pernah ku ceritakan kepada beberapa sahabat. mungkin berkat doa kalian aku bisa kuat dan melaksanakan apa yang ku impikan itu...

ku kira hampir 6 bulan harapan dan impian ini tidak dapat ku laksanakan..Alhamdulillah tahun 2012 dengan usia yang baru memberi nafas baru buatku..:)

biarkan apa orang kata yang penting aku tahu tujuan dan kenapa keputusan itu ku ambil...aku yakin ilham yang Allah titipkan kepadaku ini...aku akan mempertahankannya insyALLAH...semoga apa yang ku lakukan ini tidak mengundang murka Allah malahan mendekatkan aku kepadanya...

amin ya robb...

Tuesday, January 24, 2012

Serkap jarang

wahai manusia di luar sana jangan mudah membuat andaian ape jua yang seseorang itu lakukan.
kita tidak layak untuk menilai orang lain melainkan Allah yang esa. dan juga jangan terlalu angkuh dengan nikmat yang Allah pinjamkan..

"inna mal a`malu binniat"
setiap perbuatan itu disertai dengan niat~~~

andai kita tidak tahu apa tujuan seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan tidak perlulah kita membuat andaian sendiri kenapa dan mengapa tindakan itu dilakukan..cuba dapatkan solusinya kenapa???

setiap yang dilakukan mestilah ade tujuannya...jangan hanya bersikap serkap jarang dan membuat tuduhan melulu. sedangkan dalam Islam sendiri tidak mengajar manusia untuk melakukan apa-apa hukuman tanpa BUKTI.

wahai teman di luar sana,
aku bukanlah sempurna, tapi sekadar berkongsi
tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa..
kita hidup di muka bumi bukan bersendirian perlu menjaga adab dan tatacara pergaulan juga.

husnu zhon,
sentiasa bersangka baik,
jangan dengan tindakan seseorang yang kita tidak tahu punca dan tujuannya kita terus menghukum dan menghentam.
siapa kita???
manusia biasa yang lalai dan alpa,
yang leka dengan godaan dunia,
yang hanya nampak kesilapan orang lain,
sedangkan diri sendiri juga membuat kesilapan...

wahai ummat Muhammad sekalian,
jauhilah perkara-perkara yang boleh mengundang murka Allah,
"hablum minaAllah wa hablumina nas"
hubungan baik dengan Allah berdasarkan hubungan baik sesama insan.

*andai aku terleka, terlupa atau tidak sengaja tidak menyapa kalian, janganlah menganggap aku melupakan kalian, jauh sekali membuang kalian, jauh disudut hati kecilku kalian sentiasa meniti di hati kecil ini. mungkin waktu dan keadaan tidak mengizinkan untuk aku bertanya khabar kalian...aku juga mahu menjaga hubungan aku dengan yang khalik, maha pencipta, dan yang memiliki sekalian alam namun hanya insan biasa, tegurlah aku sapalah aku...

sekian kalam,
perkongsian idea yang diilhamkan Allah s.w.t...


*jangan pedulikan apa orang kata tapi pedulilah apa ALLAH kata....
up to u whatever u want to stamp me what...:) yang penting ALLAH itu ada bersama hamba-hambaNYA yang sabar....peace no war..


mencari KETENANGAN

Alhamdulillah sudah hampir seminggu aku menjejakkan kaki di tanah tempat aku dilahirkan..bersama family terasa sangat-sangat indah. bagaikan semua masalah di pundak hilang dan terbang bersama angin lalu..indahnya bersama keluarga tercinta.

frasa "baiti jannati" @ "rumahku syurgaku" benar2 memberi makna kepadaku..dekat dengan keluarga dimana mereka halal buatku dari leka mengingati perkara yang melalaikan aku. disamping mereka yang mana saling mengingatkan aku tentang agama, erti kekeluargaan dan juga kasih sayang. Alhamdulillah aku dikelilingi oleh keluarga yang amat memahami aku dan tidak pernah sesekali meninggalkan aku dalam kesulitan mahupun kesusahan. BAITI uhibukum...

air dicincang tidak akan putus, sesekali ada juga pertelingkahan kecil yang berlaku. tapi itu adat dalam berkeluarga. air yang tenang bukan akan selamanya tenang...

semakin aku lama di kampung tercinta semakin tidak sanggup aku berpisah dengan mereka...semakin erat dan dekat mereka di hati ini...keluarga adalah sahabat,rakan,taulan, adik-beradik yang sentiasa berada di saat jatuh bangunnya aku...berbeza dengan org lain, tiada gantinya keluargan yang Allah kurniakan kepada aku. mempunyai keluarga yang besar begini membuatkan aku tersangat bahagia. nikmat ALLAH yang tidak terhitung nilainya..

akhir kalam, aku sangat menyanyangi dan bersyukur dengan kurniaan Allah dengan ape yang aku kecapi hari ini....less than three my FAMILY aka BAITI...:)

Wednesday, January 18, 2012

kalam manusia dan kalam ALLAH

kalam manusia kadangkala boleh lahir daripada nafsu dan bukannya aqal yang waras.
berbeda dengan kalam Allah yang memberi manfaat serta mempunyai makna yang mendalam jua sebagai penawar hati-hati manusia.

berhati-hatilah dalam menuturkan kata-kata wahai teman rakan dan taulan..
bisa kata-kata ini teramatlah pedih lebih pedih dari tertusuk sembilu..
tidak kira tua atau muda perlulah menjaga kata-kata..

buat yang lebih berusia janganlah merendahkan keistimewaan yang lebih muda kerana merasakan kita ini lebih baik dan lebih bijak mengatur bicara...salah itu sama sekali tidak benar.

buat yang muda, hormatilah yang lebih berusia. janganlah memperkecilkan mereka juga kerana mereka lebih berusia dan sudah tidak kuat ingatannya...ini lagi satu penyataan yang SALAH..

usia tidak membezakan kematangan sebenarnya.
pengalaman yang memberikan manusia aqal dan fikiran yang matang.
janganlah kita yang lebih tua merendahkan yang dibawah dengan memperkotak-katikkan mereka..

apa ada pada usia???
ALLAH tidak membezakan hambaNYA melalui USIA, WARNA KULIT,KETURUNAN, etc kerana yang amat berharga ialah TAQWA.......


terlajak perahu masih boleh diundur.
terlajak kata hilang percaya..
jagalah bahasa kata kita,
jangan di salah guna....

p/s: buat diriku ini, belajarlah menghormati orang tidak kira tua atau muda n jangan sesekali membezakan seseorang dengan taraf dan tempat dia berdiri sekarang.

Tuesday, January 10, 2012

doa....

tiada kata yang dapat kuluahkan melainkan doa...untuk bercerita dengan teman2 jauh sekali hanya mampu bercerita dengan ALLAH...sungguh saat ini hati ku gundah..hakikat yang sangat sukar untuk aku terima. namun harusku kuatkan semangat untuk menerima berita perit ini dengan redha dan ikhlas...aku harus!!!

andai ini takdirnya aku menerima dengan ikhlas...akanku teruskan perjuangan ini...YA ALLAH kuatkanlah kaki hambamu ini untuk mencari ketenangan disisiMU YA ALLAH....

aku hamba yang alpa yang hanya mengingatimu dikala susah bukan sentiasa mengingatiMU kala susah dan senang...aku ingin mendekatimu selamanya...:(


hatiku meruntun hiba..:(

Friday, January 6, 2012

sekarang dengan dulu....

alhamdulillah syukur sangat dengan kehidupan yang aku lalui..sedar tak sedar umurku sudah mencapai 21 tahun. umur di mana aku merasakan tersangat bernilai kerana masih mampu bernafas dan bernyawa dimuka dunia ini...YA ALLAH terima kasih atas nikmatmu...

diusia ini juga ramai yang mengatakan hidup dah bebas...tidak bagiku, diusia ini aku merasakan aku perlu lebih muhasabah diri...perlu meningkatkan keimanan dalam diri..di usia ini juga dulu, mama ku berkahwin dan dikurniakan cahaya mata..YA ALLAH kurniakanlah aku jodoh yang beriman dan beramal soleh yang mampu membimbing aku ke jalan diredhai ILAHI...insyALLAH.

terima kasih buat teman2 yang mengingati tarikh lahirku...aku amat menghargainya...juga doa teman-teman..terima kasih yang tidak terhingga...YA ALLAH berkatilah umurku..


*** terasa sangat2 lain bila sudah berusia 21 tahun...:) i mish my old life...but life must go on...:)