Thursday, May 31, 2012

sahabat dan suami

ku menonton sebuah kisah,
dimana bagiku amat bermakna,
dua orang sahabat lelaki dan wanita,
pernahkah mendengar bahawa sahabat lelaki dan wanita,
tidak akan kekal bersahabat selamanya,
kerana antara lelaki dan wanita ada magnet,
C.I.N.T.A
ia hadir bukan kerna rupa semata-mata,
dari mata turun ke hati, 
bukan rupa turun ke hati,
mata pancaindera yang sungguh istimewa,
ia berfungsi untuk melihat dan mengamati objek,
dengan mata juga cinta terzahir,

pepatah di dalam kisah yang ku tonton.
"sahabat belum tentu bersedia untuk menjadi suami yang baik,
namun suami pasti bersedia untuk menjadi seorang pendengar jua sahabat
yang paling akrab"
aku amat tertarik dengan kata-kata ringkas namun bermakna ini,
dengan sahabat lelaki, kita tidak halal dengannya,
namun dengan SUAMI kita boleh berkongsi suka dan duka bersama,
suami boleh meminjamkan bahunya dan mengesat titisan dipipi kita,
sahabat???
tidak mampu untuk mengusap dan membelai kerana ia tidak halal,
mempunyai sahabat lelaki tidak salah kiraku,
andai dapat menjaga batas-batas pergaulan,
saling ingat-mengingati,
juga tidak salah untuk menjarakkan perhubungan,
bukan niat untuk memutuskan silaturrahim,
wahai sahabat, 
harus kau paham itu,
aku menyayangimu ikhlas kerana Allah dalam bersahabat,
ayuhlah menjaga perhubungan ini,
janganlah kita terlalu asyik berkongsi suka dan duka,
bimbang diri ini goyah,
kamu lelaki,
yang kuat sifatnya,





ku dambakan lelaki bergelar suami,
untuk menjadi bahu dan sapu tanganku,
insyALLAH akan ku tunggu kehadiran seorang lelaki 
yang bakal melengkapi fitrahku...

No comments: