Monday, April 25, 2011

merindui dirimu..

semakin hampir dengan tarikh keramat di mana org yang tersayang pergi meninggalkan kami sekeluarga....aku sangat merindui dia tatkala ini...sangat2 merinduinya..Arwah HAfizuddin bin Mohamad telah selamat kembali ke rahmatullah pada 28.4.2005. makin menghampiri tarikh yang tersebut makin ku rasa tersangat sebak...benar kematian itu pasti dan tidak akan terlambat mahupun cepat walaupun seminit..namun sebagai insan biasa sedih akan tetap menyelubungi perasaan ini.

masih jelas dalam bayangan sekujur dirimu dihadapanku 6 tahun yang lepas...berlumuran darah. engkau pergi buat selama-lamanya. katamu akan pulang pada tarikh berkenaan. benar kamu pulang td pulang diambil dan sudah tidak bernyawa...

wahai abangku yang tercinta aku titipkan doa kudus buatmu..agar kau disana bersama golongan yang beriman dan beramal soleh...aku sangat merinduimu...di mana jua akanku bawa kenangan bersamamu..

kekal diingatan kenangan terakhir bersamamu menghulurkan bantuan walaupun hanya seurat getah..itulah bakti terakhirku semasa hayatmu...perbualan telefon juga aku menjadi pendengar dan yang terakhir berbicara denganmu...petanda Allah menyayangimu...

selamat didunia dan akhirat..diri abg dan anak yang soleh. sentiasa memberi bantuan dan dorongan. rindu mmg tersangat rindu..namun ajal dan maut adalah pemisah antara kita...

hanya doa dan titipan Yasiin buat diri yang termampu menjadi penyambung kasih antara kita...jika ditakdirkan bertemu lagi kita akan bertemu disana....amin..

AL-FATIHAH

Tuesday, April 12, 2011

hari ini dan semalam...

hari ini mungkin xseindah semalam namun aku bersyukur kerana hari ini aku masih bernafas dan aku masih menikmati udara yang Allah berikan ini. Aku ingin selamanya begini dalam keadaan aman dan tenteram. Ingin bergerak ke hadapan seiring dengan kemantapan iman. aku dapat rasakan semakin hari semakin bertambah usia aku makin jauh dengan pencipta... harusku mencari dimana silapnya...

semalam perasaan berkecamuk semalam telah ku kuburkan...biar ia berlalu dibawa angin lalu. tidak perlu berpaling ke belakang jika hendak maju ke hadapan. berjuang ke masa hadapan bukan mundur ke belakang. walau sedih atau terluka pada hari semalam tinggalkan ia pada hari semalam bukan membawa hingga ke hari ini..jadikan ia pengalaman untuk maju... bukan sentiasa bersedih sebaliknya muhasabah diri itu penting.

semalam dan hari ini mungkin akan berbeza dan mungkin akan sama.. namun sebagai umat Islam kita perlu bersyukur dan menikmati ape yang ALLAH berikan dengan sebaiknya. panjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri kita....

ingin sekali ku mendekatimu ya Allah....ku pinta padamu berikanlah hidayahMU ya ALLAH.