semalam perasaan berkecamuk semalam telah ku kuburkan...biar ia berlalu dibawa angin lalu. tidak perlu berpaling ke belakang jika hendak maju ke hadapan. berjuang ke masa hadapan bukan mundur ke belakang. walau sedih atau terluka pada hari semalam tinggalkan ia pada hari semalam bukan membawa hingga ke hari ini..jadikan ia pengalaman untuk maju... bukan sentiasa bersedih sebaliknya muhasabah diri itu penting.
semalam dan hari ini mungkin akan berbeza dan mungkin akan sama.. namun sebagai umat Islam kita perlu bersyukur dan menikmati ape yang ALLAH berikan dengan sebaiknya. panjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri kita....
ingin sekali ku mendekatimu ya Allah....ku pinta padamu berikanlah hidayahMU ya ALLAH.
No comments:
Post a Comment