Monday, April 25, 2011

merindui dirimu..

semakin hampir dengan tarikh keramat di mana org yang tersayang pergi meninggalkan kami sekeluarga....aku sangat merindui dia tatkala ini...sangat2 merinduinya..Arwah HAfizuddin bin Mohamad telah selamat kembali ke rahmatullah pada 28.4.2005. makin menghampiri tarikh yang tersebut makin ku rasa tersangat sebak...benar kematian itu pasti dan tidak akan terlambat mahupun cepat walaupun seminit..namun sebagai insan biasa sedih akan tetap menyelubungi perasaan ini.

masih jelas dalam bayangan sekujur dirimu dihadapanku 6 tahun yang lepas...berlumuran darah. engkau pergi buat selama-lamanya. katamu akan pulang pada tarikh berkenaan. benar kamu pulang td pulang diambil dan sudah tidak bernyawa...

wahai abangku yang tercinta aku titipkan doa kudus buatmu..agar kau disana bersama golongan yang beriman dan beramal soleh...aku sangat merinduimu...di mana jua akanku bawa kenangan bersamamu..

kekal diingatan kenangan terakhir bersamamu menghulurkan bantuan walaupun hanya seurat getah..itulah bakti terakhirku semasa hayatmu...perbualan telefon juga aku menjadi pendengar dan yang terakhir berbicara denganmu...petanda Allah menyayangimu...

selamat didunia dan akhirat..diri abg dan anak yang soleh. sentiasa memberi bantuan dan dorongan. rindu mmg tersangat rindu..namun ajal dan maut adalah pemisah antara kita...

hanya doa dan titipan Yasiin buat diri yang termampu menjadi penyambung kasih antara kita...jika ditakdirkan bertemu lagi kita akan bertemu disana....amin..

AL-FATIHAH

No comments: