Sunday, January 24, 2016

Usia

Adakah usia menjadi suatu percaturan??
Adakah menjadi kemestian dalam mendirikan rumah tanggga menitikberatkan faktor usia?


Usia ...
Tiada yang memberi makna apa-apa jika usia tidak dihiasi iman dan takwa.
Bernikah dengan usia yang jauh berbeza tidak menjadi suatu isu. Persefahaman dan tolak ansur yang menjadi titik tolak dalam membina sebuah perhubungan. 

Monday, February 3, 2014

Teguran ALLAH

Aku pernah jatuh tersungkur dahulu lupa pada ajaran dan syariat Allah. Aku leka dengan godaan dunia yang bersifat sementara. Aku alpa aku lalai aku bongkak aku sombong. Sombong untuk mengenali Pencipta yang sentiasa memberi aku kasih dan sayang serta rahmatNya.. Aku leka dengan kesenangan dunia.. Kegembiraan yang bersifat sementara sehingga aku lupa pada tujuan asal manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah. Aku perempuan yang bersifat fitnah namu aku mencipta fitnah itu sendiri.. Allahu akbar. Banyak dosa yang ku lakukan. Hanya sujud padaMU ku mampu memohon taubat. Aku gagal dalam menjaga batas kehidupanku.

Aku gagal menjaga apa yang patut ku jaga. Namun Allah sayang padaku. Sungguh setiap kali aku membuat kesilapan aku akan ditegur. Jantung akan berdegup kencang memikirkan kesalahan dosa yang ku lakukan. Aku tahu itu dosa tapi ku abaikan. Aku menggabaikan sesuatu yang patut ku ambil peduli dan sentiasa cakna. Teguran Allah padaku kali ini amat2 bermakna.. Aku bersyukur sangat dan teramat bersyukur. Aku ingin menjadi yang terbaik dan menggapai syurgaMU Ya Allah.. Layakkah aku? Aku lemah dalam mengawal nafsu, aku lemah dalam menjaga tuturku dan tingkahku.. Aku sering melakukan kesilapan, namun pengasih dan penyayang Allah itu sentiasa menjentik hatiku ini supaya sedar bahawa kita hidup hanya sementara dan bakal kekal abadi diakhirat sana.

Andainya ku bisa putarkan saat waktu, Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu, Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa, dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.

Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu


mawi mendendangkan lagu yang amat dekat dan perlu berada didalam hati setiap manusia... ALLAHuakbar..

tidak mampu lagi menyusun bait ayat, namun aku ingin tekankan aku bersyukur kerana setiap kali aku tersungkur Allah hulurkan rahmatNYA sehingga aku kembali melangkah gagah

Wednesday, September 26, 2012

menulis lagi dan menulis

inginku catatkan kata hati disaat bibir tidak mampu berkata-kata lagi.
manusia berbeza rupa, berbeza pendapat dan fikiran.
hati juga berbeza dimana ada yang mampu menerima kekurangan dan ada juga tidak.
wahai segumpal darah yang bernama hati,
tika diuji sentiasalah tabah,
cubalah menerima segala kekurangan dan kelemahan orang kerana kita bukanlah sempurna,
wahai hati,
akanku cuba untuk menghiasi diri ini dengan sentiasa berbaik sangka serta menerima segala yang kurang dengan mengingati segala kelebihan.
prinsip yang baru ku peroleh,
"Ingatlah kebaikannya untuk menutup segala keburukkannya"

Seharian aku berfikir,
Apakah salahku???
mengapa aku sering diperlakukan begini..
ku renungkan kembali. dan aku bukanlah manusia yang baik dan sentiasa membuatkan orang berkecil hati.
ingin ku ubah diri ini, namun menjadi sebegitu kadang-kadang membuatkan diri ini dipijak-pijak dan diinjak-injak.
aku punya maruah, namun kadangkala harus ku ketepikan egoku itu.
 Aku pasrah jika mereka tidak menyukaiku..
Aku redha, namun aku bimbang JIKA
ALLAH murka dan tidak meredhaiku... :'(

Aku tahu semua sukar menerima perangaiku,
Aku tahu itu,
Ku cuba perbaikinya cuba dan terus mencuba,
Namun inilah diriku...
Andai aku boleh menerima kekurangan mereka kenapa tidak mereka??
Mungkin aku tidak layak untuk menyoalkan kenapa.
Namun aku menadah keampunan dan penuh pengharapan agar semua bisa menerima kekurangan diri ini....

Monday, September 24, 2012

cantik dan kelihatan cantik

Cantik atau kecantikan adalah suatu yang sangat subjektif.
Semua insan tidak kira lelaki mahupun wanita ingin nampak cantik di mata orang lain.
Tidak salah untuk kelihatan cantik kerana "Allah itu cantik dan sukakan kecantikan".
Jadi tidak salahlah jika semua ummat manusia ingin kelihatan cantik dan berseri dimana mereka berada.
Menjadi cantik tidak semestinya perlu untuk memakai mekap, pakaian yang mahal-mahal atau mewah, mewarnakan rambut dan lantas mendedahkan auratmu wahai sahabat.
Kelihatan cantik di mata Allah adalah seindah-indah kecantikkan seseorang daripada mementingkan kecantikan dimata lelaki, perempuan, kawan dan mahupun sesiapa sahaja.
Islam menggariskan panduan dalam berhias untuk kelihatan cantik.
Bagi Wanita adalah berdosa jika berhias secara belebihan dan dipamerkan kepada golongan ajnabi.
Dalan Islam wanita dibolehkan berhias dihadapan suami.
Oleh itu, tidak perlulah menunjuk-nunjuk kecantikan kalian untuk tontonan umum.
Tutuplah segala mahkota indahmu wahai sahabat-sahabatku sekalian.
Indah sungguh ciptaan Allah kepada kita.
Peliharalah ia sebelum seluruh tubuhmu bakal dilitupi dengan kain kafan.
Sayangilah anugerah yang Allah berikan dari dijadikan bahan bakar dalam api neraka kelak.
Mahal nilai yang Allah berikan ini.
Allah tidak marah untuk kamu kelihatan cantik tapi menurut garis yang telah ditetapkan.
Labuhkanlah pakaianmu, Longgarkanlah pakaianmu, Tutuplah segala mahkota singgahsanamu agar syurga jannati menantimu disana.
Allah sayang akan hamba yang mengikut segala suruhanNya.
Ingin menjadi cantik tidak salah kerana Allah memang sukakan kecantikan,
Namun jalan itu menjadi cantik itu perlu dititikberatkan....
Akhir Kalam, Cantiklah kamu di mata Allah bukan dimata Manusia

Saturday, June 16, 2012

irndu ramadhan rindu abah...

tidak tertahan air mata ini mengalir bila mengenangkan seseoang yang sudah selamanya pergi dari hidup ku..
aboh, rindu sangat dekat aboh...takdir Allah memanggil aboh dulu..ramadhan kali ni hadir tanpa aboh lagi disisi kami, tanpa seorang ayah...umpama seluruh kekuatanku hilang, jatuh dan terus berkecai...
lemahnye aku disisiMU ya Allah...sungguh aku sangat-sangat rindukan aboh...terasa cepat sangat Allah bagi masa nk bersama aboh.. tidak tertahan air mata ini mengalir. pilu sungguh hiba semua merundum diri ini.....YA ALLAH YA ALLAH, berikanlah kekuatan buat diriku ini.....

Saturday, June 2, 2012

iman...

adakah imanku kian luntur kini???
ya ALLAH kenapa ini yang terjadi padaku??
ku lihat semua semakin ke arah kebaikan,
namun apa yg dah terjadi padaku kini???
apa yang pernah ku ungkapkan dulu kini telah terbalik,
ya ALLAH,
kenapa diriku ini seperti ini??
kenapa aku makin mundur,
bukan makin maju,
aku menuju jahiliah,
zaman dimana manusia jahil kepada ISLAM...
YA ALLAH berikanlah hidayahmu kepadaku...
aku amat sedih ya ALLAH,
berikanlah aku kekuatan untuk menuju redhaMU,
aku inginkan kekuatan dariMU,
insyALLAH kali ini aku bertekad,
aku ingin mencari keredhaan ALLAH,
aku ingin berubah, inilah titik permulaannya aku ingin menjadi yang di redhai ALLAH,
inilah permulaan untuk melangkah lebih jauh kehadapan,
aku akan berubah aku akan berubah insyALLAH..
jangan bertangguh lagi!!!!
kamu mesti berubah wahai nor hanani mohamad,
jangan mengundang azab Allah lagi,
jangan cuba untuk menyiksa arwah abah disana.....
YA ALLAH,
aku sedih dengan diri aku ini, kenapa aku begini???
aku seharusnya berubah bukan sentiasa bercakap untuk berubah,
kuatkanlah kaki ini ya ALLAH,
hidayah perlu dicari bukan datang sendiri,
mungkin ini hidayahMU padaku ya ALLAH,
Alhamdulillah, akan ku kukuhkan....