Monday, February 28, 2011

ibuku...

my mother...
ma alwey in my heart...


saat ini aku amat merindui insan yang bernama ibu..
sangat merindui..jarak yang jauh menjadi pemisah antara dua anak beranak..
apabila berjauhan aku mengetahui bahawa bertapa ibu adalah segala-galanya...
aku amat menyayangi ibuku..
di mana jua aku berada iringan doa buatmu tidak pernah padam...
di dalam hati kecil anakmu ini sentiasa merinduimu ibu.
bagaimana agaknya keadaanmu sekarang??
masa terluang tidak pernah aku terlupa untuk menghubungimu..
sentiasa lekat di bibir dan lubuk hati..
kau la ratu di mahligai hati ku..
wahai ibu...
di kejauhan ku titipkan doa kesejahteraan agar ibu sentiasa di bawah lembayungnya..
merindui pelukan dan belaian manjamu wahai ibu...
linangan air mata akan bercucuran tatkala dirimu mnjelma di bayangan...
ibu...
tanpa ibu tiada aku di dunia,,
terima kasih kerana melahir dan membesarkan aku ibu..
tidak terbalas segala jasamu ibu...
mohon doa restumu agar mengiringi kehidupanku di kejauhan...
doakan anakmu ini ibu...
ibu aku sayang padamu....

mencari ketenangan...

kadangkala sekarang kehidupan banyak dugaan yang menimpa. dan itu adalah dugaan dan cubaan yang Allah tetapkan bagi setiap hamba. dan aku juga tertanya2 kenapa ada manusia yang tidak tahu menjaga hati dan perasaan manusia lain??

aku mungkin juga begitu?? tidak tahu menilai perasaan orang lain?...apabila terkena diri sendiri aku akan berpikir sendiri..wajarkah tindakan aku?? wajarkah??

bagi setiap manusia mmg xakan nmpak kesalahan diri sendiri..tapi kita harus berusaha muhasabah diri masing2...dan saat aku mengenali seorang insan yang xpenah n xtau menjaga hati orang lain aku benar-benar kaget.bukan seorang yang mmpunyai perasaan itu namun ramai...adakah dia tahu bahawa dirinya seperti itu??? aku juga meneliti diriku..mungkin juga aku adalah seperti itu.

apabila berhadapan dengan dia aku rasa seolah2 diperlekehkan...takdir telah menetapkan aku bertemu dan berkenalan dengan dia. ku pasrah akan semua tu.akanku berusaha untuk menahan diri dari dikuasai amarah dan kebencian.....

wahai insan yang bernama makhluk Allah...
ku panjatkan kesyukuran agar kita sama-sama mendapat hidayah Allah..
tiada manusia yang sempurna...
aku mengharap kau menjadi seorang yang lebih memahami dan bukan melontar kata-kata tanpa berfikir pnjg.....

Wednesday, February 16, 2011

yang mana 1 pilihan hati...

soalan yang telah dilontarkan pada aku. kalau seseorang menyukai dan menyayangimu dengan ikhlas atau seseorang yang memberi harapan yang tdak pasti mana satu akan menjadi pilihan dirimu???

satu soalan yang membuat aku berpikir sejenak. lantas aku memilih yang ikhlas menyayangi dan menyukaiku kerana susah untuk mencari keikhlasan dalam sesuatu komitmen. di sini bukan sahaja untuk berlainan jantina khasnya tapi juga sesama kaum am nya ntuk memilih sahabat yang layak ntuk didampingi.

di mana dapat dibeli ikhlas dalam diri seorang insan?? tiada dijual mahu jua diwarisi. hanya terletak dalam diri seseorang. ya sifat ikhlas adalah amat susah untuk dicari. susah. hatta dalam setiap diri insan itu pasti akan ada dalam setiap perbuatannya sifat tidak ikhlas kerana manusia tiada yang sempurna.

memberi dengan ikhlas seuatu perkara agak susah untuk dicapai namun menerima pemberian ikhlas adalah tidak susah. janganlah mensia-siakan ape yang telah diberi. namun juga walaupun memberi kasih kepada wanita dan kepada lelaki adalah tidak salah andai berlandaskan syariat dan jalan yang betul.

Friday, February 11, 2011

sedih dan gembira

pesanan seorang sahabat yang banyak memberi dorongan dan motivasi kepada saya. susunan ayat di atas amat memberi makna kepada saya. mengadula pada Allah kerana Allah maha mendengar. manusia belum tentu menjadi pendengar yang setia tapi Allah menjadi pendengar yang paling setia kerana yang paling Berkuasa dalam sekalian alam.

bermohonlah pada Allah. ya benar kerana Allah lah segala2nya. Allah maha adil.manusia tidak layak mengadili manusia lain sama sekali.tidak. tiada makhluk yang sempurna. namun muhasabah diri penting bagi mengesan di mana salah dan silap kita. sifat ego setiap manusia yang menjadi benteng untuk manusia berubah.

ya saya telah menyedari hakikat itu. sukar untuk menerima.namun akan saya kuatkan hati demi menjadi insan yang tabah. sy xkan biarkan semua mata didunia ini memandang saya dengan sebelah mata. biarkan saya terus menjadi manusia yang tabah YA ALLAH.

sahabat itu juga berpesan hidup ibarat sebuah perjalanan menaiki bas. apabila di tengah jalan kita melihat kecelakaan. kita merasa sedih namun tidak dapat tidak kita harus meneruskan perjalanan kita. dalam perjalanan lagi kita terjumpa sebuah taman yang indah. demi menatapi keindahan alam kita singgah sebentar.hatta tempat itu menggembirakan kita namun kita harus maju ke hadapan kerana destinasi masih belum tiba. begitula perumpamaan hidup apabila kesedihan datang kegembiraan akan menyusul.

terima kasih sahabat...
anda telah memotivasikan diri saya.kesedihan hanya sementara namun kegembiraan akan datang menjelma...hadirnya suka dan duka adalah permainan dalam kehidupan..


P/S: merindui seorang sahabat yang membimbing dan bukan menghancurkan...
YA AZIZ YA JABBAR YA MUTAKABBIr

Wednesday, February 2, 2011

kalau tiada angin masakan pokok bergoyang....

peribahasa melayu yang amat ringkas tapi membawa maksud yang amat mendalam. terpikir jugak kenape pepatah ini keluar. ape kaitannye dengan kehidupan manusia...

setelah ku amati ya mmg berkait rapat dengan hidup manusia...perbandingan yang tepat kerana kalau angin tiada pokok tidak akan bergoyang,tapi pokok boleh bergoyang juga kalu ade yg goyangkan. tapi soal pokok digoyangkan soal kedua...sekarang soalnye angin yang menggoyangkan pokok.

sama seperti perumpamaan itu jga diibaratkan dengan perbuatan manusia. kalau sesuatu yg xdibuatnya jarang akan dipersoalkan dan ditimbulkan isu...tp manusia mmg xlari drpd semua tu...

xde ape2 nk di olah sangat...
cuma kata2 tu amat memberi kesan mendalam pada aku