Wednesday, February 16, 2011

yang mana 1 pilihan hati...

soalan yang telah dilontarkan pada aku. kalau seseorang menyukai dan menyayangimu dengan ikhlas atau seseorang yang memberi harapan yang tdak pasti mana satu akan menjadi pilihan dirimu???

satu soalan yang membuat aku berpikir sejenak. lantas aku memilih yang ikhlas menyayangi dan menyukaiku kerana susah untuk mencari keikhlasan dalam sesuatu komitmen. di sini bukan sahaja untuk berlainan jantina khasnya tapi juga sesama kaum am nya ntuk memilih sahabat yang layak ntuk didampingi.

di mana dapat dibeli ikhlas dalam diri seorang insan?? tiada dijual mahu jua diwarisi. hanya terletak dalam diri seseorang. ya sifat ikhlas adalah amat susah untuk dicari. susah. hatta dalam setiap diri insan itu pasti akan ada dalam setiap perbuatannya sifat tidak ikhlas kerana manusia tiada yang sempurna.

memberi dengan ikhlas seuatu perkara agak susah untuk dicapai namun menerima pemberian ikhlas adalah tidak susah. janganlah mensia-siakan ape yang telah diberi. namun juga walaupun memberi kasih kepada wanita dan kepada lelaki adalah tidak salah andai berlandaskan syariat dan jalan yang betul.

No comments: