Wednesday, September 26, 2012

menulis lagi dan menulis

inginku catatkan kata hati disaat bibir tidak mampu berkata-kata lagi.
manusia berbeza rupa, berbeza pendapat dan fikiran.
hati juga berbeza dimana ada yang mampu menerima kekurangan dan ada juga tidak.
wahai segumpal darah yang bernama hati,
tika diuji sentiasalah tabah,
cubalah menerima segala kekurangan dan kelemahan orang kerana kita bukanlah sempurna,
wahai hati,
akanku cuba untuk menghiasi diri ini dengan sentiasa berbaik sangka serta menerima segala yang kurang dengan mengingati segala kelebihan.
prinsip yang baru ku peroleh,
"Ingatlah kebaikannya untuk menutup segala keburukkannya"

Seharian aku berfikir,
Apakah salahku???
mengapa aku sering diperlakukan begini..
ku renungkan kembali. dan aku bukanlah manusia yang baik dan sentiasa membuatkan orang berkecil hati.
ingin ku ubah diri ini, namun menjadi sebegitu kadang-kadang membuatkan diri ini dipijak-pijak dan diinjak-injak.
aku punya maruah, namun kadangkala harus ku ketepikan egoku itu.
 Aku pasrah jika mereka tidak menyukaiku..
Aku redha, namun aku bimbang JIKA
ALLAH murka dan tidak meredhaiku... :'(

Aku tahu semua sukar menerima perangaiku,
Aku tahu itu,
Ku cuba perbaikinya cuba dan terus mencuba,
Namun inilah diriku...
Andai aku boleh menerima kekurangan mereka kenapa tidak mereka??
Mungkin aku tidak layak untuk menyoalkan kenapa.
Namun aku menadah keampunan dan penuh pengharapan agar semua bisa menerima kekurangan diri ini....

No comments: