Monday, September 24, 2012

cantik dan kelihatan cantik

Cantik atau kecantikan adalah suatu yang sangat subjektif.
Semua insan tidak kira lelaki mahupun wanita ingin nampak cantik di mata orang lain.
Tidak salah untuk kelihatan cantik kerana "Allah itu cantik dan sukakan kecantikan".
Jadi tidak salahlah jika semua ummat manusia ingin kelihatan cantik dan berseri dimana mereka berada.
Menjadi cantik tidak semestinya perlu untuk memakai mekap, pakaian yang mahal-mahal atau mewah, mewarnakan rambut dan lantas mendedahkan auratmu wahai sahabat.
Kelihatan cantik di mata Allah adalah seindah-indah kecantikkan seseorang daripada mementingkan kecantikan dimata lelaki, perempuan, kawan dan mahupun sesiapa sahaja.
Islam menggariskan panduan dalam berhias untuk kelihatan cantik.
Bagi Wanita adalah berdosa jika berhias secara belebihan dan dipamerkan kepada golongan ajnabi.
Dalan Islam wanita dibolehkan berhias dihadapan suami.
Oleh itu, tidak perlulah menunjuk-nunjuk kecantikan kalian untuk tontonan umum.
Tutuplah segala mahkota indahmu wahai sahabat-sahabatku sekalian.
Indah sungguh ciptaan Allah kepada kita.
Peliharalah ia sebelum seluruh tubuhmu bakal dilitupi dengan kain kafan.
Sayangilah anugerah yang Allah berikan dari dijadikan bahan bakar dalam api neraka kelak.
Mahal nilai yang Allah berikan ini.
Allah tidak marah untuk kamu kelihatan cantik tapi menurut garis yang telah ditetapkan.
Labuhkanlah pakaianmu, Longgarkanlah pakaianmu, Tutuplah segala mahkota singgahsanamu agar syurga jannati menantimu disana.
Allah sayang akan hamba yang mengikut segala suruhanNya.
Ingin menjadi cantik tidak salah kerana Allah memang sukakan kecantikan,
Namun jalan itu menjadi cantik itu perlu dititikberatkan....
Akhir Kalam, Cantiklah kamu di mata Allah bukan dimata Manusia

No comments: