Wednesday, January 18, 2012

kalam manusia dan kalam ALLAH

kalam manusia kadangkala boleh lahir daripada nafsu dan bukannya aqal yang waras.
berbeda dengan kalam Allah yang memberi manfaat serta mempunyai makna yang mendalam jua sebagai penawar hati-hati manusia.

berhati-hatilah dalam menuturkan kata-kata wahai teman rakan dan taulan..
bisa kata-kata ini teramatlah pedih lebih pedih dari tertusuk sembilu..
tidak kira tua atau muda perlulah menjaga kata-kata..

buat yang lebih berusia janganlah merendahkan keistimewaan yang lebih muda kerana merasakan kita ini lebih baik dan lebih bijak mengatur bicara...salah itu sama sekali tidak benar.

buat yang muda, hormatilah yang lebih berusia. janganlah memperkecilkan mereka juga kerana mereka lebih berusia dan sudah tidak kuat ingatannya...ini lagi satu penyataan yang SALAH..

usia tidak membezakan kematangan sebenarnya.
pengalaman yang memberikan manusia aqal dan fikiran yang matang.
janganlah kita yang lebih tua merendahkan yang dibawah dengan memperkotak-katikkan mereka..

apa ada pada usia???
ALLAH tidak membezakan hambaNYA melalui USIA, WARNA KULIT,KETURUNAN, etc kerana yang amat berharga ialah TAQWA.......


terlajak perahu masih boleh diundur.
terlajak kata hilang percaya..
jagalah bahasa kata kita,
jangan di salah guna....

p/s: buat diriku ini, belajarlah menghormati orang tidak kira tua atau muda n jangan sesekali membezakan seseorang dengan taraf dan tempat dia berdiri sekarang.

No comments: