Saturday, May 7, 2011

nafas baru

mencari sesuatu yang baru dalam hidup ini. tidak mahu lagi berada ditakuk yang lama. ingin menjadi seseorang yang kuat dan tabah....tidak mahu berdendam dan suke melampiaskan kemarahan kepada orang yang bukan sepatutnya...juga mahu menjadi seorang yang berfikiran sentiasa positif sesuai dengan ayat Allah yang berbunyi "Husnu zhon" bersangka baiklah kamu kepada semua orang...

memaafkan orang lain juga adalah satu sifat yang mulia yang diamalkan oleh Rasulullah..inginku mengamalkan sifat seperti Rasulullah yang memaafkan seluruh ummatnya. pemaaf itu menenangkan jiwa dan juga terasa sangat damai.. sungguh indah apabila memaafi dan dimaafkan.. insyAllah dengan kekuatan yang masih berisisa akanku teruskan perjuangan menjadi seorang mujahidah Islam

semakin menginjak dewasa sering dibicarakan soal pasangan namun itu menjadi persoalan keduaku kerana skrg fokus utamaku adalah menggapai ilmu and mencari dan membetulkan diri ini...dhaif rasanya diri ini..

Ya Allah aku bermohon padaMU kurniakanlah hidayahMu kepada kami....
Berikanlah PetunjukMu agar kami tidak sesat Ya Allah...

Amin AMIN Amin AMIN~~~

No comments: