Wednesday, May 11, 2011

muhasabah diri

amat pilu merdengar rintihan seorang sahabat.....lalu mengambil keputusan untuk menulis entry ni...

lelaki diciptakan daripada tanah...tanah itu dimana tmpat manusia membina rumah,bercucuk tanam, menabur bakti dan pelbagai lagi.wanita pula diciptakan dari rusuk lelaki. dekat dihati untuk disayangi dan dikasihi..tidak pula ia diciptakan drpd kepala untuk dijunjung dan bukan jua dari kaki untuk dipijak2 dan dihenyak2....

tulang rusuk itu besifat bengkok..dan ada hikmahnye dimana Allah menciptakan rusuk yang bengkok kerana untuk melindungi hati...itula juga wanita..wanita diciptakan untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan lelaki.namun tidak ku faham sama sekali mengapa wanita begitu mudah dicanang maruahnya dan dinjak2 begitu sahaja..

Sesungguhnya Allah memuliakan manusia..Akal yang dikurniakan adalah untuk berfikir..ayuhlah bersama merenung sejenak apa yang kita lakukan..mewakili seluruh kaum wanita diluar sana, aku merayu kepada lelaki supaya jgan menginjak wanita sesuka hati..jangan memijak2 maruah kami...kami diciptakan sebagai insan yang lemah yang memerlukan perlindungan...Adam bersifat berani dan perkasa..itula hikmah penciptaan lelaki dan wanita dimana saling memerlukan dan wanita tersangat mengharapkan perlindungan dari insan bernama "Suami".

suami adalah tempat untuk bermanja dan mencurahkan segala gundah gulana. andai suami menjdkan isteri sebagai henyakan umpama kain buruk dimana hendak wujudnya kasih sayang dan percintaan yang berkekalan??

kami memerlukan kasih sayang~~~
buat si dia yang bakal menjadi suamiku
ku bermohon pada Allah agar dia bisa menjadi suami yang mampu menjaga dan membimbing aku...
juga boleh menyayangi aku dan kasih akan anak2ku nanti~~~
jauhkanlah aku drpd ape yang tidak diingini YA ALLAH....
bakal suamiku nanti...
ku berharap dirimu boleh menerima diriku ini apa adanya
dan sentiasa menyayangi diriku seperti kasihnya aku kepadamu...
AMIN~~~~


No comments: