Saturday, May 14, 2011

sabar~~~~

S A B A R....satu perkataan lima huruf yang sangat tinggi maknanya...membuatkan manusia kdg2 tidak betah untuk bertahan dengan perkataan ini..namun itulah kunci kejayaan dan kegemilangan sesebuah ummah.. untuk mengecapi syurga Allah perkataan ini juga harus diaplikasikan...

hari ini aku menjadi seorang yang sangat tidak sabar...tersangat tidak sabo...mau je melampiaskan marah kat semua orang...marah n marah je kejenye arini...ntah kenape...adakah kerana penat?? ade sesuatu yang dalam diri aku??? wallahualam...

aku bingung..mengapa mengapa n mengapa...xlarat dah nk tulis... stop here....cos i get my energy back :0

Wednesday, May 11, 2011

muhasabah diri

amat pilu merdengar rintihan seorang sahabat.....lalu mengambil keputusan untuk menulis entry ni...

lelaki diciptakan daripada tanah...tanah itu dimana tmpat manusia membina rumah,bercucuk tanam, menabur bakti dan pelbagai lagi.wanita pula diciptakan dari rusuk lelaki. dekat dihati untuk disayangi dan dikasihi..tidak pula ia diciptakan drpd kepala untuk dijunjung dan bukan jua dari kaki untuk dipijak2 dan dihenyak2....

tulang rusuk itu besifat bengkok..dan ada hikmahnye dimana Allah menciptakan rusuk yang bengkok kerana untuk melindungi hati...itula juga wanita..wanita diciptakan untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan lelaki.namun tidak ku faham sama sekali mengapa wanita begitu mudah dicanang maruahnya dan dinjak2 begitu sahaja..

Sesungguhnya Allah memuliakan manusia..Akal yang dikurniakan adalah untuk berfikir..ayuhlah bersama merenung sejenak apa yang kita lakukan..mewakili seluruh kaum wanita diluar sana, aku merayu kepada lelaki supaya jgan menginjak wanita sesuka hati..jangan memijak2 maruah kami...kami diciptakan sebagai insan yang lemah yang memerlukan perlindungan...Adam bersifat berani dan perkasa..itula hikmah penciptaan lelaki dan wanita dimana saling memerlukan dan wanita tersangat mengharapkan perlindungan dari insan bernama "Suami".

suami adalah tempat untuk bermanja dan mencurahkan segala gundah gulana. andai suami menjdkan isteri sebagai henyakan umpama kain buruk dimana hendak wujudnya kasih sayang dan percintaan yang berkekalan??

kami memerlukan kasih sayang~~~
buat si dia yang bakal menjadi suamiku
ku bermohon pada Allah agar dia bisa menjadi suami yang mampu menjaga dan membimbing aku...
juga boleh menyayangi aku dan kasih akan anak2ku nanti~~~
jauhkanlah aku drpd ape yang tidak diingini YA ALLAH....
bakal suamiku nanti...
ku berharap dirimu boleh menerima diriku ini apa adanya
dan sentiasa menyayangi diriku seperti kasihnya aku kepadamu...
AMIN~~~~


Tuesday, May 10, 2011

HANAN~~~~(kerinduan)

mengapa hati terlalu mengingati dia??? mengapa??? padahal perkara itu sudah lama berlalu...
Ya Allah janganlah lalaikan diri hambaMU yang kerdil ini..benar tak dapat menipu diri sendiri lagi aku sentiasa mengingati dia....

walaupun pernah berduka yang teramat luka belum pernah yang lain membuat aku sebegitu,namun kau berjaya mengubati luka itu...kau berikan segala ape yang belum pernah org lain berikan kepadaku..walaupun hanye teman tp aku sangat senang denganmu....disaat kesusahan kau sentiasa disisi...menghiburkan aku,menemani duka air mataku, memujuk dan mengusap tangisku.....

sangatlah bahagia apabila mempunyai teman sepertimu...pintamu agar persahabatan yang terjalin kekal dunia dan akhirat insyAllah...jazakallah ya sadiqi...maat taufiq wannajah fi dunia wal akhirat....insyAllah xkan ku persiakan persahabatan ini...nilai persahabatan yang begitu tinggi..memang tersangat berharga...kerana teman itulah cerminan diri ini...

aku senang skali berteman dengan hamba Allah sepertimu...akan selalu je menemani aku kala duka....dikaulah tempat aku mencurah segala isi hati...kenangan2 kita bersama xkan dpt ku lupakan..sepanjang perkenalan ini ku titipkan doa buat kesejahteraanmu wahai sahabat tersayang...

engkau banyak mendidik jiwa ini..memberi semangat dan dorongan untuk bangkit kembali...sungguh saat ini aku begitu merindui dirimu teman...kesibukkan masing2 membuatkan kita sudah jarang berhubung, namun itu bukan beerti aku tidak mengingatimu teman...jauh disudut sanubari kecilku ini kau sentiasa ada....

masa dan jarak memisahkan kita...namun hati kita dekat teman..sentiasa memikirkan antara satu sama lain..aku amat menyayangimu teman...tersangat sayang..semenjak kita berkenalan dapat ku lihat sinar keihklasan diraut wajahmu...keikhlasan itulah yang membuatkan kita terus menjalinkan ikatan silaturrahim ini....

salam sayang buat sahabat yang jauh disana....
diri ini amat merindui diri anda....
tersangat rindu....
mengalir air mata ini saat diri mengenangkan dirimu....
sayang awk sayang awk smpi bila2...
moga2 Allah memberkati persahabatan kita sayang~~~~~ <3 <3 <3
salam sayang pelukan dan ciuman buatmu teman~~~~

Saturday, May 7, 2011

nafas baru

mencari sesuatu yang baru dalam hidup ini. tidak mahu lagi berada ditakuk yang lama. ingin menjadi seseorang yang kuat dan tabah....tidak mahu berdendam dan suke melampiaskan kemarahan kepada orang yang bukan sepatutnya...juga mahu menjadi seorang yang berfikiran sentiasa positif sesuai dengan ayat Allah yang berbunyi "Husnu zhon" bersangka baiklah kamu kepada semua orang...

memaafkan orang lain juga adalah satu sifat yang mulia yang diamalkan oleh Rasulullah..inginku mengamalkan sifat seperti Rasulullah yang memaafkan seluruh ummatnya. pemaaf itu menenangkan jiwa dan juga terasa sangat damai.. sungguh indah apabila memaafi dan dimaafkan.. insyAllah dengan kekuatan yang masih berisisa akanku teruskan perjuangan menjadi seorang mujahidah Islam

semakin menginjak dewasa sering dibicarakan soal pasangan namun itu menjadi persoalan keduaku kerana skrg fokus utamaku adalah menggapai ilmu and mencari dan membetulkan diri ini...dhaif rasanya diri ini..

Ya Allah aku bermohon padaMU kurniakanlah hidayahMu kepada kami....
Berikanlah PetunjukMu agar kami tidak sesat Ya Allah...

Amin AMIN Amin AMIN~~~

Tuesday, May 3, 2011

pleasure time

bestla jugak bila saya dpt meluangkan mase bersama si kecik ni ha....mmg puas ati lawan2 ngan dia...and suke sgt gigit aku....huhuhuhuhu si kecik yang cilik n senang menyesuaikan diri...itula dia faizatul wafa' the strong baby when her mother strive for her life.....go go go girl...achik sayang wafa.....

Monday, April 25, 2011

merindui dirimu..

semakin hampir dengan tarikh keramat di mana org yang tersayang pergi meninggalkan kami sekeluarga....aku sangat merindui dia tatkala ini...sangat2 merinduinya..Arwah HAfizuddin bin Mohamad telah selamat kembali ke rahmatullah pada 28.4.2005. makin menghampiri tarikh yang tersebut makin ku rasa tersangat sebak...benar kematian itu pasti dan tidak akan terlambat mahupun cepat walaupun seminit..namun sebagai insan biasa sedih akan tetap menyelubungi perasaan ini.

masih jelas dalam bayangan sekujur dirimu dihadapanku 6 tahun yang lepas...berlumuran darah. engkau pergi buat selama-lamanya. katamu akan pulang pada tarikh berkenaan. benar kamu pulang td pulang diambil dan sudah tidak bernyawa...

wahai abangku yang tercinta aku titipkan doa kudus buatmu..agar kau disana bersama golongan yang beriman dan beramal soleh...aku sangat merinduimu...di mana jua akanku bawa kenangan bersamamu..

kekal diingatan kenangan terakhir bersamamu menghulurkan bantuan walaupun hanya seurat getah..itulah bakti terakhirku semasa hayatmu...perbualan telefon juga aku menjadi pendengar dan yang terakhir berbicara denganmu...petanda Allah menyayangimu...

selamat didunia dan akhirat..diri abg dan anak yang soleh. sentiasa memberi bantuan dan dorongan. rindu mmg tersangat rindu..namun ajal dan maut adalah pemisah antara kita...

hanya doa dan titipan Yasiin buat diri yang termampu menjadi penyambung kasih antara kita...jika ditakdirkan bertemu lagi kita akan bertemu disana....amin..

AL-FATIHAH

Tuesday, April 12, 2011

hari ini dan semalam...

hari ini mungkin xseindah semalam namun aku bersyukur kerana hari ini aku masih bernafas dan aku masih menikmati udara yang Allah berikan ini. Aku ingin selamanya begini dalam keadaan aman dan tenteram. Ingin bergerak ke hadapan seiring dengan kemantapan iman. aku dapat rasakan semakin hari semakin bertambah usia aku makin jauh dengan pencipta... harusku mencari dimana silapnya...

semalam perasaan berkecamuk semalam telah ku kuburkan...biar ia berlalu dibawa angin lalu. tidak perlu berpaling ke belakang jika hendak maju ke hadapan. berjuang ke masa hadapan bukan mundur ke belakang. walau sedih atau terluka pada hari semalam tinggalkan ia pada hari semalam bukan membawa hingga ke hari ini..jadikan ia pengalaman untuk maju... bukan sentiasa bersedih sebaliknya muhasabah diri itu penting.

semalam dan hari ini mungkin akan berbeza dan mungkin akan sama.. namun sebagai umat Islam kita perlu bersyukur dan menikmati ape yang ALLAH berikan dengan sebaiknya. panjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri kita....

ingin sekali ku mendekatimu ya Allah....ku pinta padamu berikanlah hidayahMU ya ALLAH.